Cinta bukan sekadar ungkapan keramat “I Love You”, “aku
cinta kamu”, “kamek sayang kitak” tapi cinta melibatkan hati dan
perasaan.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan
siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit
lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.
bukan susah untuk bercinta, namun untuk mencari seseorang
yang betul-betul mencintai kita amatlah sukar, tapi bila dah jumpa seseorang
yang betul-betul sayang dan cinta kat kita jangan mudah lepaskan mereka, ini kerana
mungkin mereka satu diantara seribu
tertanya-tanya adakah tips atau cara bagaimana untuk
memelihara pasangan dan cinta sejati kita dari hilang dari pandangan kita? jom
kita lihat 10 tips bagaimana nak memelihara cinta sejati tersebut dari hilang..
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat
berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak
pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang
menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku
mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika
tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan
hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke
arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan
atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan
seperti, ‘saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah
bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian
baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan
pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda
terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat
mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda
berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya
sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi
amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan
memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil
berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu
dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak
daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah
tersebut berdua.
8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati
anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi
masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa
diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan
segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek
yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah
sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam
perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan
pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu
menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau
lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya
macam yang aku cakap diawal tadi, cinta yang sejati amat
sukar dicari, namun bila dah jumpa cinta sejati itu, belailah ia, jagalah ia
dengan sebaiknya kerana mungkin cinta sejati yang datang itu satu dalam seribu,
semoga tips-tips ini dapat membantu korang dalam memelihara cinta sejati
korang..
No comments:
Post a Comment