KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab
kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak
yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.
“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika
boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan
rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa
menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila
melihat bekas teman lelakinya.
Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’
apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat
wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki
itu juga turut membuatkannya ghairah.
Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara
halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu
lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.
Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan
berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi
rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan
malam.
salam. terima kasih atas perkongsian cerita tu. saya berasal dari johor sekarang tinggal di wilayah. Arwah datok saya dahulu embah sawijan, dukun terkenal di johor. sekarang sepupu saya mewarisi bakatnya.Dia 'tak pernah mengaku dukun' tetapi sebagai usaha ikhtiar dgn masaalah macam tu bolehlah jumpa, mana tau serasi. nama dia : ustaz adiwijaya, alamat : kg belahan tampok, rengit, batu pahat, johor.
ReplyDelete