Monday, December 26, 2011

ARTIS JELITA MALAYSIA TERJERIT-JERIT APABILA JADI PENGACARA


HENDAK dikatakan tak biasa mengacara, rasanya sudah selalu juga muka artis jelita yang seorang ini muncul di kaca televisyen. Tetapi, kenapa dia perlu terjerit-jerit menuturkan skripnya pada satu majlis diacarakan yang membuatkan tetamu sakit telinga.

Menurut teman SS yang menyampaikan cerita itu, dia tak senang duduk dibuatnya kerana tidak tertahan dengan suara nyaring si artis. Katanya, sudahlah asyik terjerit-jerit, perkataan disebut itu juga banyak yang salah.
Jadi, ia sangat mengganggu majlis.

Lagi pun, seorang nampak tenang dan si artis itu pula semacam gelabah.



Barangkali, berasa tercabar dengan pengacara yang bergandingan dengannya yang dilihat tenang saja. Maka, ia sedikit sebanyak boleh mengganggu apa yang difokus.



SS nak komen lebih-lebih pun, tidak pula turun padang ke lokasi acara itu. Jadi, tak sedap juga kalau tulis yang bukan-bukan sebab tak dilihat sendiri. Apapun, kepada si artis ingatlah teguran ini sekiranya dapat peluang mengacara baru.

Tak perlulah terjerit-jerit, apatah lagi asyik tersasul. Lebih baiklah bertenang dan cubalah jadi diri sendiri. Bukan apa, kalau sudah berada di atas pentas, maka semestinya dari hujung rambut hingga ke kaki pasti menjadi perhatian dan penilaian.

Jadi, buatlah persediaan secukupnya. Nasib bukan majlis siaran langsung, jika tidak malu dibuatnya. Sehubungan itu, ini sekadar teguran untuk kebaikan bersama.

Mana yang kurang elok itu, lebih baik diperbetulkan segera supaya tidak berterusan.

Memanglah pedih telinga, namun untuk kebaikan bersama. SS pun dapati,
artis itu bukan tidak bagus sangat mengacara tetapi perlu lebih tenang. Apapun, ingatlah kata-kata ini, jangan takut belajar daripada kesilapan kerana tidak selamanya kita tersilap.

No comments:

Post a Comment