SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, November 29, 2011

PENGAKUAN YUNA AIM 18



KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2011: "Saya menerima keputusan juri AIM18 ini dengan hati terbuka, kerana perkara ini merupakan sesuatu yang besar dan harus diperbaiki demi menjaga nama semua pihak. Semasa saya menangpun saya sendiri keliru namun menerimanya dengan hati terbuka juga setelah menerima penjelasan daripada pihak penganjur AIM18.

"Kini setelah mereka memberitahu berlaku kesilapan dan harus diperbetulkan, bagi saya itu merupakan satu perkara yang sewajarnya dilakukan," kata Yuna mengulas mengenai keputusan menarik balik kemenangan lagu Penakut ciptaan dan nyanyiannya sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) yang lalu.

Ditanya kepadanya mungkinkah penarikan semula kemenangannya itu dibuat setelah berlaku pertikaian mengenai kemenangannya yang diperkatakan kerana dia masih baru dan boleh diperlekehkan? Yuna bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

"Saya tidak boleh cakap kerana saya baru maka isu kemenangan saya dipertikaikan. Malah mereka juga boleh menarik semula kerana saya masih baru dalam industri ini. Itu semua tak masuk akal. Semua yang berlaku ada hikmahnya dan saya menerima dengan redha. Cuma saya harap selepas ini kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana ia melibatkan banyak pihak,"jelasnya.

Tidak serik untuk bertanding lagi di AIM, bagi Yuna kejadian tersebut membuka mata semua yang terlibat dan merupakan satu pengajaran berguna.

"Sebagai seorang pemuzik, saya tidak seharusnya serik. Saya juga tidak terasa dengan apa yang berlaku. Apa yang penting, saya akan terus berkarya untuk mengangkat muzik saya ke mata dunia,"ucapnya lagi.

Meskipun kemenangan ditarik balik, namun Yuna bersyukur dan gembira kerana lagu Penakut mendapat markah tertinggi bagi set penjurian Lagu Terbaik.

"Apabila untuk kategori Lagu Terbaik mereka meletakkan lagu Penakut dengan 20 buah lagu lain dan mendapat markah tertinggi, itu sudah menggembirakan saya. Sekurang-kurangnya dalam set penjurian itu saya dipilih sebagai yang terbaik. Apa pun yang berlaku tidak akan nmematahkan semangat saya," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails