SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Friday, November 18, 2011

ARTIS MALAYSIA KELENTONG WARTAWAN


BEBERAPA hari lalu, ketika minum petang dengan seorang rakan, sempat SS mendengar keluhannya terhadap artis wanita yang dianggap kurang adab.

Kata rakan itu, dia menemui artis terbabit dalam satu majlis hiburan di luar ibu kota.
Katanya, dia tidak faham dengan sikap artis itu yang enggan memberi kerjasama untuk diambil gambarnya.

Menurut rakan SS itu, alasan pertama diterima ialah artis itu dimaklumkan mahu menikmati hidangannya lebih dulu kerana lapar.



Rakan SS ini memahami situasi itu tapi selepas menjamu selera, artis itu sudah tidak nampak bayang kerana berlalu pergi meninggal majlis.


Puas rakan SS menjerit memanggil namanya, namun sedikit pun tidak diendahkan.
Apa yang menjadi tanda tanya, kenapa cepat sangat artis itu terlupa janji.

Bukan apa, mula-mula dia yang kata hendak makan dulu, tetapi selepas menjamu selera lain pula jadinya dan terus angkat kaki meninggalkan majlis.

Kalau enggan gambarnya diambil, artis itu sepatutnya memaklumkan lebih awal dan tak perlu beri alasan lain.

Penat orang menunggu, akhirnya buang masa saja. Kata rakan SS lagi, tidak salah jika artis itu bersikap profesional dengan berterus terang.

Tidaklah orang yang menunggu itu berasa sakit hati sangat. Cubalah belajar hormati masa orang lain juga.

Dalam soal ini, SS tidak menyalahkan sesiapa kerana barangkali berlaku salah faham antara artis itu dan rakan terbabit. Maklum sajalah, majlis pun berlangsung di malam hari dan mungkin artis itu tergesa-gesa mahu balik ke rumah kerana SS difahamkan, artis itu berseorangan.

Setahu SS, tidak pernah artis itu hadir di majlis seorang diri kerana dia biasanya akan muncul bersama pengurusnya. Tetapi kata rakan SS, pada malam itu si artis hadir seorang diri. Apakah yang disibukkan pengurus itu hingga tiada masa menemani artis jagaannya?

1 comment:

  1. bukan nak salahkan sesapa la. wartawan plak bila tak dapat nak temuramah ngan artis ckp itu ini. wat pe nak komplen bagainya ni lah asam garam kerja sebagai wartawan.

    Si artis tu pulak,saja nak elak dari di temuramah.bagi je la alasan apa pun janji terlepas.

    wartawan tu penting tuk naikkan nama artis. Tapi artis tu penting gak tuk wartawan.sebab kalau tak de artis wartawan pun takde kerja gak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails