SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Saturday, November 12, 2011

GAMBAR NABILA HUDA BERCIUM



KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2011: Penyanyi rock lagenda, Amy Search akui tidak tahu menahu mengenai isu foto anaknya, Nabila Huda yang dijumpai bercium dengan seorang lelaki baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, sebagai bapa, Amy Search menyarankan agar anaknya itu sedar dan bertanggungjawab terhadap apa jua kesilapan yang dilakukannya.

"Terus-terang saya memang tidak tahu menahu menangani isu ini sehinggalah pihak media bertanyakan kepada saya sendiri.

"Walaubagiamanapun, jika betul ianya berlaku saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya yang ditemui selepas pelancaran single terbarunya bersama Hazama iaitu Simetri, petang semalam.

Isu gambar liar Nabila yang berbikini tersebut tersebar selepas sebuah program hiburan melaporkan serta menyiarkan beberapa keeping gambarnya sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya berharap anaknya dapat menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Apa-apa pun sebagai seorang bapa, saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan dan selebriti yang dikenali,

"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," tambahnya lagi dengan nada kesal

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails