SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Thursday, November 10, 2011

PELAKON MALAYSIA TIDAK PROFESIONAL


KEJAYAAN filem atau drama suatu yang subjektif untuk diperjelas. Ada yang kata, gandingan pelakon popular menjadi strategi terbaik untuk pancing penonton. Begitu juga cerita dan skrip yang mantap perlu diutamakan agar sesebuah karya itu menghiburkan.

Apa yang SS ingin sampaikan bukan mahu mengkritik cerita mana bagus atau tidak. Sebaliknya, SS ingin berkongsi ragam tiga karyawan seni yang terbabit dalam satu acara hiburan baru-baru ini.
Tidak perlulah SS sebutkan nama mereka, cukup sekadar memberi bayangan mereka ini pernah bekerjasama dalam satu filem. Memang diikutkan, gandingan tiga individu ini penting dalam mempromosi filem mereka pada penonton. Masing-masing sama ada pengarah dan pelakon memainkan peranan penting dalam menjalankan tanggungjawab.

Apa yang berlaku sebenarnya mungkin suatu yang tidak dirancang. Pada acara hiburan berkenaan, mereka hadir bersama dalam menyatakan sokongan untuk acara itu.



Namun, apa yang membuatkan SS dan rakan media lain pelik apabila mereka tidak berjalan seiringan ketika acara itu berlangsung. Dalam erti kata lain, masing-masing buat hal sendiri seolah-olah hubungan terjalin dalam satu projek filem sebelum ini seperti tidak wujud.


SS percaya, khalayak yang berada di lokasi acara itu juga hairan melihat ragam artis terbabit. Persoalan yang bermain di fikiran, mengapa insiden seperti ini boleh berlaku?

Apakah wujud perselisihan faham atau mereka tersinggung akibat filem tak laku atau dikritik hebat sehingga tak sanggup jalan bersama. Apapun alasannya, insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi depan orang ramai.

SS tidak berniat cari gaduh dengan sesiapa. Cuma, SS harapkan insiden ini dapat dijadikan iktibar pada semua karyawan seni agar lebih bersikap profesional khusus membabitkan acara hiburan. Promosi sebegini penting agar ia meninggalkan kenangan manis pada peminat terus berikan sokongan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails