SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, December 20, 2011

NAJIB MARAH MENURUNKAN BENDERANYA



Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjelaskan kehadirannya di tempat berlakunya perhimpunan yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak semata-mata untuk menerima memorandum.

Katanya, walaupun beliau menyokong kebebasan bersuara dan penegakan demokrasi, tetapi insiden Sabtu lalu "bukan sebahagian daripada demokrasi yang dimaksudkan", yang ingin dicapai melalui pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Saya juga menjunjung idealisme perjuangan mahasiswa dan percaya pada mahasiswa. Tetapi, perbuatan menurunkan bendera itu tidak mewakili apa yang dimaksudkan itu.

"Justeru, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menuntut pihak yang bertanggungjawab memohon maaf kepada Datuk Seri Mohd Najib," katanya.

Malah, Saifuddin (kanan)menyifatkannya sebagai "perbuatan terkutuk" dan penganjur - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) - mesti meminta maaf.

Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik kelmarin, kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno.

Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro kebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula bendera Najib.

Aspirasi anjur demo balas

Dalam kenyataan hari ini, Saifuddin berkata beliau bersetuju hadir menerima memorandum mahasiswa dengan andaian lebih cepat beliau menerimanya, lebih cepat bantahan itu berakhir.

Selepas mengetahui insiden itu melalui Twitter, tambahnya, beliau menghubungi penganjur dan pihak itu semalam didakwa bersedia memohon maaf kepada Najib.

Bagaimanapun, menurut Saifuddin, insiden itu tidak mengganggu komitmen kerajaan dalam meminda AUKU.

Penganjur perhimpunan dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini menyatakan pendirian tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan mahasiswa pro-aspirasi pula merancang mengadakan perhimpunan menyokong Najib pada 21 Disember sebagai reaksi kepada perhimpunan anti-establishment Sabtu lalu.

Mereka juga mahu mendesak Saifuddin melepaskan jawatan dalam kabinet dan parti kerana didakwa memalukan nama baik Najib.

"Mari bersama tunjukkan bahawa kita lebih ramai yang mahukan YAB DS Najib terus menerajui negara," kata Setiausaha Agung Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Muhammad Syukri Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails