SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Monday, December 26, 2011

JUMLAH KUTIPAN OMBAK RINDU TERKINI



TAHNIAH buat pengarah Osman Ali kerana karya terbarunya, Ombak Rindu mencatat kejayaan besar dengan mencatat kutipan RM10 juta sejak ditayangkan 1 Disember lalu.

Ia satu kejayaan hebat kerana buat pertama kalinya filem genre drama mendapat sambutan penonton tetapi genre ini kurang mendapat perhatian produser dan pengarah kita. Mungkin dengan kejayaan Ombak Rindu akan mengubah senario ini.

Sekarang, filem Songlap ditayangkan di pawagam sejak Khamis lalu. Filem arahan suami isteri, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak juga satu karya agak berbeza dengan filem yang pernah dihasilkan di negara ini kerana paparkan kisah pemerdagangan manusia - bayi dan gadis yang selama ini hanya sering kita dengar melalui berita akhbar dan televisyen.

Perlumbaan sihat pengarah kita dengan semangat mahu menghasilkan filem yang bagus dan memberi pilihan berbeza kepada penonton, seharusnya disokong sebagaimana usaha KRU Studios menghasilkan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa. Songlap dikatakan satu filem yang berani yang mungkin tidak ramai yang punya keberanian untuk ketengahkan perkara ini.



Untuk mendapatkan skrip yang bagus yang bervariasi, karyawan kita juga mempunyai alternatif dengan mengangkat karya novel ke layar perak. Usaha ini memang dilakukan sejak dulu tetapi tidak banyak. Akhir-akhir ini, novel laris menjadi pilihan bermula Lagenda Budak Setan (LBS) dan kini Ombak Rindu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails