SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Saturday, December 3, 2011

ARTIS MALAYSIA BERPEGANG TANGAN


SUKAR untuk SS mempercayai cerita yang disampaikan seorang teman wartawan mengenai apa yang dilihatnya, tetapi dia tetap bertegas mengatakan orang yang sedang berpimpin tangan dalam keadaan mesra itu adalah seorang penggubah lagu dan artis yang baru mencipta nama.

Pening kepala SS kerana mengenali penggubah lagu yang juga seorang pemuzik itu kerana orangnya baik dan nampak setia kepada isteri dan keluarga.
Lihat saja bagaimana dia menguruskan rumah tangganya. Walaupun sibuk, dia tetap
mengambil berat akan kebajikan anak-anaknya.

Kawan SS itu turut berkata walaupun dia menulis hal-ehwal politik, dia masih kenal pasangan itu dan mengikuti perkembangan dunia seni hiburan tempatan.
Maklumlah dunia hiburan Malaysia masih kecil.


Kata sumber itu lagi, dia juga kenal dengan artis muda yang dilihatnya sedang berpimpin tangan dalam keadaan mesra dengan penggubah terbabit kerana artis itu wajahnya ada muncul dalam media tempatan.

SS yakin komposer terbabit sangat profesional dalam melaksanakan tugasnya, mana mungkin dia boleh jatuh cinta kerana isterinya tidak kurang cantik. Mungkin apa yang dilihat teman wartawan itu tadi adalah kemesraan seorang penyanyi dengan penggubah lagu yang boleh dianggap seperti adik dan abang.

Apabila perkara ini SS nyatakan kepada kawan SS itu, dia tetap bertegas dengan berkata, kalau adik dan abang tak mung-kin mereka akan berpimpin tangan sambil berjalan dan sesekali kepala ‘terlentok’ di atas bahu. Itu bukan adik dan abang tapi macam orang dah ‘masuk hantu berkasih sayang’.

Tegas teman wartawan itu lagi, walaupun mereka mungkin menganggap hubungan mereka macam adik dan abang, ia bukanlah lesen untuk mereka berpegangan tangan di tempat awam. Mereka bukannya mahram. Apa pula kata isterinya jika terserempak suaminya bersama penyanyi terbabit dalam keadaan begitu? Silap hari bulan, nanti ada yang kena cili.

SS hanya mengurut dada mendengar gosip teman wartawan itu tadi dan mengharapkan apa yang disampaikan itu tidak benar dan dia betul-betul tersalah orang.

Tapi kalau benarlah ia terjadi, hanya satu saja pesan SS kepada penggubah berkenaan mahupun artis terbabit, jangan main api, takut terbakar nanti!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails