SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Thursday, December 1, 2011

DR. M, PAK LAH DAN NAJIB DUDUK SEMEJA



umno digesa membawa dua bekas perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - duduk semeja bagi memastikan parti itu lebih kuat pada masa depan.

"Duduk baik-baik. Barulah kita dapat mencapai kemenangan dan beri kredit pada pemimpin kita Datuk Seri Najib (Razak)," kata wakil Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Syed Abbas Alhabshee.

Syed Ali membangkitkan isu itu ekoran pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi dalam keadaan Umno yang "paling getir".

Hubungan kedua-dua bekas presiden Umno itu dilihat 'dingin', bermula sejak Dr Mahathir mula mengkritik kepimpinan Abdullah (kiri)  - pengganti yang dinamakan sendiri itu.

Malah, beberapa hari lalu sebelum menjelang perhimpunan agung Umno hari ini, Dr Mahathir (kanan) dilaporkan masih mengkritik kepimpinan  Abdullah yang didakwa menyebabkan Umno rosak dan sukar dipulihkan Najib.

Ketika membahaskan ucapan dasar presiden hari ini, Syed Ali juga menyuarakan kebimbangan akan wujudnya sabotaj dari dalam yang didakwanya sudah mula berlaku.

"Dalam taklimat presiden sebelum ini, Datuk Seri Najib tak umum negeri mana yang ada bahagian terima peruntukan tapi tak turun (kepada anggota).

"(Peruntukan itu) disimpannya untuk bertanding pemilihan ketua bahagian. Minta ibu pejabat ambil tindakan. Sudah banyak laporan," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan lembaga disiplin parti itu diaktifkan semula. Ini juga, tambahnya, bagi mengelakkan sabotaj sebegitu berpanjangan dalam pilihan raya umum depan.

Menyentuh prospek Umno di Wilayah Persekutuan, ketua bahagian Cheras itu mensasarkan menambah penguasaan daripada tiga kepada tujuh kerusi parlimen.

Sementara itu, perwakilan Kedah Datuk Mukriz Mahathir menyelar pembangkang yang menggunakan pelbagai label negatif kepada Umno, antaranya korup, nepotisme dan berhaluan tertentu.

"Ini seolah-olah sudah jadi hakcipta terpelihara mereka," katanya sambil menyalahkan ketua pembangkang.

"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebenarnya mahu mencetuskan bibit-bibit revolusi seakan-akan Arab Spring... Malaysia Spring.

"Sebab itu demonstrasi jalanan digunakan dengan sokongan terancang media Barat dengan menunjukkan imej buruk Malaysia."

Menyentuh pentadbiran PAS di Kedah, anggota parlimen Jerlun itu menyifatkannya sebagai "kemereh", mengikut loghat Utara.

Selepas timbalan pengerusi tetap mencelah tidak faham, Mukriz berkata:

"Kemereh ini lebih teruk daripada 'koman'... Pendek akal... Tangkap ikan keli pun tak reti," sindirnya disambut senyum kambing sebahagian perwakilan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails