SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Thursday, December 15, 2011

AWIE DAN ELLA BERCINTA



KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2011: Saling mengenali dan selesa antara satu sama lain, membuatkan hubungan persahabatan penyanyi rock, Awie dan Ella kekal lama.

Mengimpikan untuk bersatu di atas pentas bersama, impian Awie dan Ella bakal terlaksana menerusi konsert Awie & Ella (Raja & Ratu Rock Malaysia) yang akan diadakan pada 12 hingga 15 Januari depan di Istana Budaya (IB).

Jelas Awie, keserasian antara mereka berdua adalah antara penyebab dia menerima idea gandingan yang ditimbulkan oleh penganjur konsert iaitu Tall Order Productions.

"Saya menerima idea penganjur untuk menggandingkan kami, kerana Ella antara artis yang cukup saya hormati. Memang kami sangat rapat dan cukup serasi. Kerana itu juga, memudahkan saya untuk bekerjasama dengannya," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Awie & Ella (Raja & Ratu Rock Malaysia) di IB, semalam.

Turut hadir pada majlis sidang media berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarah IB, Nik Kamarulzaman Nik Husin dan Pengarah Urusan & Pengarah Kreatif, Tall Order Productions, Hans Isaac.

Bakal mendendangkan lagu-lagu popular masing-masing, Awie turut menjanjikan suasana cinta antara mereka berdua akan wujud di pentas IB kelak.

"Kami akan mendendangkan lagu secara solo dan juga berduet bersama. Apa yang pasti , kebanyakan lagu kami adalah lagu cinta, jadi kami akan pastikan aura cinta dapat dicetuskan di pentas itu nanti,"katanya sambil ketawa.

Sementara itu, kata Ella, peluang beraksi di atas pentas bersama Awie merupakan satu penghargaan dan detik indah yang bakal menjadi sejarah buat dirinya dan peminat.

"Dia sangat istimewa. Malah peluang untuk beraksi bersamanya di IB nanti, merupakan satu detik indah buat saya. Saya akan menjanjikan sebuah persembahan yang menarik dan pastinya akan menjadi sejarah buat kita semua,"kata Ella.

Tambah Ella, pemilihan lagu masih lagi dibuat bagi memastikan peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan mereka kelak.

Tiket serendah RM 40 sehingga RM 450 telah dijual dan bagi yang berminat bolehlah melayari http://www.ticket2U,biz atau menghubungi di talian 03-41478600.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails