SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Monday, December 26, 2011

FIDA BERPISAH DENGAN MAMAT SEPAH


FIDA ADA KEKASIH BARU MENGGANTIKAN FIDA


Fida kini dah ada kekasih baru bagi menggantikan Mamat Sepah. Selepas putus cinta dengan pelawak Mamat  Fida mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai ‘S’. Fida berkata walaupun dia sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal Oktober lepas.

Fida berkata dia tertarik kepada ‘S’ kerana kematangan dan cara pemikirannya yang banyak memberikan dorongan tentang dunia perniagaan dan kehidupan pada masa hadapan. “Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.

Diusik tentang harapan yang pernah disuarakannya sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, Fida berkata perkara itu memang menjadi impiannya namun dia hanya mampu berserah kepada Tuhan bagi menentukan jodoh yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails