SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, June 7, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM

Mahkamah Tinggi di sini semalam buat kali ketiga menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Mohamad Zabidin ketika memutuskan perkara itu berkata, mahkamah mendapati permohonan Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai merit.

Sehubungan itu, peguam Karpal Singh memohon supaya perbicaraan bela diri yang sepatutnya berjalan semalam dengan Anwar selaku saksi pertama ditangguh bagi memberi ruang kepada pihak pembelaan merayu keputusan tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada 16 Mei lalu, mahkamah mengarahkan Anwar membela diri daripada tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan selepas wujud prima facie terhadap tertuduh.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails