SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Sunday, June 12, 2011

GILA SEKS


Jadi hamba pelayan pelanggan (GRO). Itu istilah tepat menggambarkan kebodohan sebilangan pemandu teksi yang sanggup menjadi pak turut kepada GRO di ibu kota semata-mata untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memuaskan nafsu serakah.
Tugas mereka hanya perlu menghantar pergi balik GRO berkenaan ke lokasi kerja dan rumah, selain turut menyediakan penghantaran ke hotel tertentu jika menerima ‘langganan luar’.

Sebagai upah, pemandu teksi terbabit diberi wang ‘ekstra’ tambang teksi, tetapi selalunya mereka hanya dibayar dengan habuan seks.

Akibat jerat GRO ini, ramai pemandu teksi kehilangan pendapatan harian yang sepatutnya mereka peroleh, malah ada yang lingkup sehingga teksi ditarik balik oleh syarikat sewaan teksi kerana gagal membayar sewa harian.



Hal ini didedahkan seorang pemandu teksi yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli Ahmad, 38, yang mengakui turut menjadi mangsa ‘dipermainkan’ GRO sehingga dia kehilangan teksi sewaan, manakala rumah tangganya porak peranda.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails