SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Friday, June 24, 2011

HUNNY PIKAT ANUAR ZAIN


4 tahun bukan satu jangka masa yang pendek lebih-lebih lagi kesanggupan untuk menunggu seseorang dalam tempoh waktu yang sebegitu panjang. Kalau bercinta sudah bertemu jodoh dan beranak-pinak. Namun, bagi penyampai radio Fly FM, Hunny Madu, 27, dia tidak kisah menunggu selama empat tahun asalkan orang yang ditunggu itu merupakan penyanyi hebat Anuar Zain.

Memang agak gila kedengaran ayat ini dituturkan daripada mulut seksi penyampai radio itu, tetapi Hunny mempunyai alasan tersendiri mengapa dia bertindak sebegitu sementelah ramai yang mengetahui statusnya kini sudah berkahwin.

Pemilik nama penuh Hani Farhana Mohd. Hatim itu sebenarnya mempunyai sebab kenapa dia menginginkan Anuar. Hunny sudah lama membuat rencana untuk berduet dengan penyanyi kesayangannya itu.

Buktinya, wanita berzodiak Aries itu juga telah menciptakan lagu khas untuk adik kepada penyanyi Ziana Zain itu.

“Sejak kecil lagi saya memang sukakan Anuar. Cara dia menyampaikan lagu. Cara dia melontarkan perkataan demi perkataan sangat mengasyikkan.

“Jadi, saya hasilkan lagu Kisah Kita untuk dia dan berharap untuk berkolaborasi bersamanya. Jika Anuar tidak terima, saya tidak akan keluarkan lagu ini dan tidak akan beri pada sesiapapun,” tuturnya ketika ditemui selepas majlis sidang media memperkenalkan album pertamanya Pulau Janji di Kuala Lumpur Performance Arts Centre (KL Pac), Kuala Lumpur.

Namun, ramai yang beranggapan penantiannya hanya akan membuahkan hasil yang sia-sia. Ibarat seperti menunggu buah yang tidak akan jatuh. Sebabnya, Anuar memang sangat cerewet dalam memilih lagu. Penyanyi bersuara lantang itu juga dikatakan sangat mementingkan kesempurnaan lagu yang akan dinyanyikannya.

Disebabkan itu, proses membabitkan pemilihan lagu untuk album Anuar sahaja memakan masa sehingga lima tahun!.

“Saya sanggup menunggu dia (Anuar Zain). Empat tahun lalu, saya ada berjumpa dia dan beritahu, ‘abang, Hunny ada tulis lagu untuk abang’. Empat tahun berlalu, lagu itu kemudiannya saya rakam dan saya bertemu Anuar sekali lagi dan beritahu mengenai lagu itu.

“Anuar suruh saya e-mel lagu tersebut dan akhirnya penantian saya selama empat tahun terjawab. Anuar menyatakan persetujuannya menyanyikan lagu itu dalam album saya,” katanya yang turut mengakui lagu Kisah Kita mengambil masa selama tujuh bulan untuk dirakamkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails