SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Saturday, June 4, 2011

CEMBURU FINA DAPAT IMUNITI

BERTUAHNYA Fina kerana mendapat imuniti dan ini melayakkan ia menempah tiket ke final Akademi Fantasia 9 (AF9) pada 11 Jun nanti. Maknanya, untuk konsert malam ini yang juga peringkat separuh akhir, Fina tidak perlu buat persembahan.

Berbeza dengan empat rakannya, Lena, Erul, Hazama dan Azri, masih perlu meneruskan perjuangan untuk memastikan dapat berentap ke final seterusnya merebut gelaran juara.
Bagaimanapun, Fina tetap akan muncul malam ini menyampaikan satu lagu istimewa dan tidak memerlukan komen pengkritik. Apakah lagu yang akan dinyanyikan Fina? Adakah Fina akan berduet ataupun menjadikan minggu ini sebagai latihan untuk konsert final nanti?

Itu Kak Eton tidak tahu kerana produksi AF9 zip mulut mengenai persembahan Fina. Tapi apa yang Kak Eton dengar, Lena makin cemburukan Fina selepas rakannya itu mendapat imuniti. Kak Eton dengar Lena sampai mengamuk sebaik saja selesai persembahan dan cuba menyakiti Fina. Betulkah?


Apapun, minggu ini Lena gembira kerana diberikan lagu Badarsila (Datuk Siti Nurhaliza) kerana sudah lama mengimpikan lagu berentak mencabar, berlenggok dan membolehkannya menari. Lena juga semakin tertarik hati dengan Azri selepas pemergian Nera.


Erul pula akan menyanyikan lagu Nadiku (Sabhi Saddi) yang juga salah seorang rakan baiknya. Kak Eton difahamkan, ia membuatkan Erul lebih bersemangat minggu ini.

Kedatangan penyanyi dari Indonesia, Ressa Herlambang juga cukup menggembirakan Erul kerana Ressa banyak memberikan tips bagaimana untuk menari sambil menyanyi. Kini, Erul makin yakin akan mara ke konsert akhir.

Hazama pula membawakan lagu Angin (Dewa) dan amat menjiwai lagu ini hingga tidak sabar untuk menyanyikannya di Konsert 9. Dengarnya, minggu ini juga agak memenatkan buat Hazama kerana jadual hariannya padat dengan rakaman muzik video dan kelas.

Menariknya, Hazama juga antara pelajar yang banyak menerima hadiah dari peminat di rumah kaca. Apapun, Hazama mula merindui buah hatinya dan Hazama juga sering berselisih faham dengan Lena.

Berbeza dengan Azri kerana panik apabila buat pertama kali perlu menyanyikan lagu Inggeris, Here Without You (3 Doors Down), tetapi apabila melalui beberapa sesi latihan, Azri mulai menyukai lagu ini. Persoalannya, dapatkah Azri memberi sebutan yang betul dengan ajaran tenaga pengajar?

Kisah cinta pula, Azri tahu Lena meminatinya tetapi hanya melayan Lena sebagai seorang kawan, tidak lebih dari itu. Wah, jual mahal nampak.

Minggu ini juga, rumah kaca sentiasa dipenuhi peminat memandangkan cuti sekolah dan pelajar juga diberi pelbagai hadiah dari peminat.

Kak Eton juga ingin berkongsi berita lagu-lagu bonus yang akan dinyanyikan pelajar minggu ini iaitu Never Say Never (Justin Bieber) serta Kalau Cinta (Aliff Aziz & Joanna). Pengkritik undangan pula ialah Datuk Siti Nurhaliza.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails