MENGUCAP panjang SS mendengar kisah seorang teman yang
baru-baru ini datang mengadu mengenai seorang perihal seorang produser drama
yang berkelakuan keji.
SS bukan hendak memburukkan sesiapa tapi cerita yang
disampaikan memang mengerikan kerana pada SS sikap sebegini hanya akan
menghancurkan industri penerbitan drama.
Kononnya seorang penyanyi baru kelahiran program realiti
yang kacak orangnya ini datang bertemu si penerbit tadi untuk mendapatkan watak
dalam sebuah drama.
Namun ketika bertemu, lain pula yang diminta.
Selalunya kalau seseorang pelakon ingin ‘screen test’ depan
produser, dia perlu mempamerkan bakat yang ada, tapi kali ini berbeza pula
apabila bintang muda tadi disuruh untuk menerima pelawaan peliknya.
Khabarnya bintang baru yang sekarang sudah tenggelam namanya
itu diminta untuk tidur semalam dulu bersama produser tadi jika inginkan watak
berkenaan.
Yang lebih mengerikan lagi, produser separuh umur itu adalah
seorang lelaki
yang sudah berkeluarga dan punya profil tinggi dalam
industri. Mana tidak SS
mengucap apabila mengenangkan wajah si penerbit tadi yang
nampak luarannya memang seorang lelaki sejati tapi rupa-rupanya ‘nafsu
songsang’.
SS memang tak fahamlah sikap sesetengah pemain industri yang
sanggup
memperdagangkan tubuh badan semata-mata untuk mendapatkan
kerja. Maklumlah jelas bintang muda tadi, walaupun dirinya menolak secara baik,
produser gatal tadi ada menyebut beberapa nama pelakon lain yang pernah tidur
dengannya semata-mata ingin mengejar populariti.
Sebaik saja bintang muda ini menolak pelawaannya, terus dia
dimarah dan ditolak ke tepi sebelum sempat menguji bakat. Memang simpati
rasanya bila memikirkan masalah seperti ini.
SS gembira dengan tindakan bintang muda tadi yang sanggup
mengenepikan soal popular atau kerja bagi menjaga maruah dirinya.
Bintang muda yang sebelum ini pernah juga muncul dalam
beberapa drama sebelum
ini memang kecewa tapi setidak-tidaknya jelasnya, dia tidak
sekali memperdagangkan dirinya untuk meraih nama seperti sesetengah artis lain.
SS: Pernah tengok ‘casting’ yang sangat mendebarkan tapi
puji komitmen artis yang terbabit.
No comments:
Post a Comment