GRIK: Seorang wanita merayu kepada pegawai pencegah maksiat
untuk masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia
memakai semula seluar dalam yang tidak sempat dipakainya sejurus selepas dia
ditahan, pagi kelmarin.
Permintaan itu dipenuhi oleh pegawai berkenaan apabila
mendapati wanita itu berada dalam keadaan mengghairahkan kerana memakai seluar
ketat nipis, selain baju yang dipakainya kelihatan dalam keadaan tidak
sempurna.
Wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu
mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima
tahun lalu. – Mohd Jonid Abdul Syukor, Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama
Daerah Grik
Wanita berusia 21 tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun
berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada
jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik
di rumah kongsi itu.
Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi
ketika ditahan tetapi selepas itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya
dan keluarga pasangan berkenaan.
Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid
Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota RELA menyerbu rumah
berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.
“Selepas kira-kira 10 minit kami mengetuk pintu bilik yang
berkunci dari dalam itu, ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek
sebelum mendapati seorang wanita sedang duduk di atas tilam nipis.
“Keadaan atas tilam berselerak dengan kain selimut dan
sehelai kain sarung di dalam bilik sempit hanya kira-kira tiga meter persegi
itu,” katanya ketika ditemui di tempat serbuan, kelmarin.
Katanya, ketika diajukan soalan mengenai status mereka bukan
pasangan suami isteri, wanita berkenaan mula meninggikan suara sambil
menceritakan masalah keluarga pasangannya yang enggan menerima dia sebagai
menantu.
Wanita berkenaan mengaku pergi ke rumah kongsi tempat
tinggal kekasihnya yang bekerja di kilang papan di situ dengan menunggang
motosikal sehari sebelum itu dan bermalam bersama kekasihnya.
“Malah, dia juga mengaku dalam seminggu dia pergi beberapa
kali ke rumah itu sejauh kira-kira 30 kilometer dari rumahnya bagi melepaskan
rindu selain memberi alasan untuk membawa makanan.
“Ketika disoal, wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di
kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan
kekasih lima tahun lalu.
“Malah, apabila ditanya berapa kali sudah terlanjur
melakukan hubungan seks, wanita itu tanpa segan silu mengaku tidak terkira
banyaknya dengan alasan dia terlalu sayang kepada pasangannya,” katanya.
Ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd
Jonid berkata pemeriksaan pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan didapati
mengandungi beberapa adegan rakaman hubungan seks dengan berlatarkan bunyi
unggas pada waktu malam dipercayai hasil rakaman peribadi mereka.
“Telefon itu kemudian dirampas untuk dijadikan bahan bukti
dan mereka ditahan satu malam di lokap polis sebelum menghubungi keluarga untuk
dijamin.
“Pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 54 Enakman
Jenayah Syariah Perak dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun
penjara, jika sabit kesalahan,” katanya.
No comments:
Post a Comment