LAPORAN LANGSUNG
10.48am Anwar disekat lagi ketika dalam perjalanan untuk
keluar daripada mahkamah, kali ini oleh pihak media yang mahukan kenyataannya.
Selepas kenyataan ringkas, Anwar dibawa dengan kenderaan
untuk menunaikan solat syukur di masjid.
Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya
mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin
Hasan dan Badrul Hisham Shaharin.
10.22am Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya
mendengar ucapan sempena pembebasan anwar daripada tuduhan liwat.
Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini
memperlihatkan kebangkitan rakyat.
Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah
"langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.
Sementara Badrul mendakwa walaupun anwar dibebaskan tetapi
wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.
"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan,"
katanya.
Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau
bertanggung bertemu dengan Saiful.
"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib
letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.
"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat
tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.
"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar
parlimen," katanya.
10.22am: Polis berusaha untuk menyuraikan kumpulan
pro-Saiful di dalam masjid untuk membolehkan penyokong Anwar memasuki kawasan
tersebut.
10.10am: Polis
bagaimanapun tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara untuk mengelakkan
satu lagi pergaduhan tercetus. Orang ramai yang melalui kawasan masjid ‘boo’
penyokong PERKASA dan Perkida.
9.58am: Menurut Tian Chua, keputusan hari ini membuktikan
tuduhan ke atas Anwar adalah palsu.
9.50am: Orang ramai mula bergerak dari tempat parkir kereta
ke medan selera berhampiran Masjid Wlayah persekutuan.
Tian Chua dan beberapa pemimpin PKR kelihatan berucap kepada
orang ramai yang sedang bergembira itu dari bumbung bangunan.
9.42am: Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata
kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.
“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana
menyokong dan juga barisan peguam.
“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,”
katanya di luar mahkamah.
Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin
Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.
Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan
kebebasan media mesti diteruskan.
9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah
menulis di Twitter:
"Judge: reading results immediately. Evidence not
corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"
9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang
mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau
dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh
kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak
boleh sabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100
peratus bahawa bukti telah diusik.
"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian
dari SP1 Saiful."
Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis
sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar
menjerit gembira.
9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad
Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.
9.17am: Satu pergaduhan kecil tercetus apabila lebih 50
orang kumpulan penyokong Saiful bergerak turun daripada kawasan masjid dan
bergerak menuju ke kawasan letak kereta mahkamah.
Kumpulan itu dihalang oleh ratusan lagi penyokong Anwar di
jalan yang menempatkan pusat penjaja medan selera di jalan tersebut.
Kumpulan penyokong Anwar tidak berpuas hati dengan tindakan
penyokong Saiful yang membawa kain sepanduk ketika berarak.
Cabar mencabar di kalangan kedua-dua kumpulan penyokong
berlaku dan berlaku pergelutan kecil di antara beberapa orang.
Kumpulan penyokong Saiful kemudiannya berundur apabila terus
diasak kumpulan pro Anwar dan kemudiannya masuk semula ke kawasan masjid.
Polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya
bertindak menutup pintu pagar masjid.
Polis juga kemudiannya tidak membenarkan kumpulan berkenaan
terus mara ke dalam masjid untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus.
10.46am Ribuan lagi masih menunggu di Jalan Khidmat Selera
untuk mendengar ucapan Anwar. Tiba-tiba terdengar letupan kuat dari pencawang
elektrik berhampiran medan selera.
10.25am Anwar keluar dari mahkamah dengan sorakan daripada
penyokong yang ghairah dan memaksa beliau berucap.
Katanya, keputusan hari ini bukan keputusan seorang lelaki
dan menjadi tanggungjawab untuk membebaskan rakyat.
Beliau kemudian menuju ke arah Masjid Wilayah.
9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam
mahkamah.
9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi,
jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah
4,500.
9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang
ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau
telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.
9.01am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib
presidennya Datuk Mahfuz Omar aantara pemimpin PAS yang hadir.
8.59am: Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba
di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T
kuning 'Generation 709'.
Katanya kepada awrtawan beliau datang dengan menaiki bas.
"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan
jurugambar daripada merakamkan gambarnya.
"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".
8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk.
Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.
8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan
gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang
hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul
setempat.
Beliau memakai baju biru dan seluar hitam dan kelihatan
tenang.
8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di
kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita
semasa krisis Perak, kita kalah.
"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima
tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!”
8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat,
Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris
menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.
Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa
atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.
8.20am:Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis
Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang
mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di
anjung B Masjid Wilayah.
Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan
"Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.
Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.
8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri
Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan
hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.
“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak
memihak,” katanya.
Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai
supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.
8.05am: Laungan
reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada
jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.
Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan
penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai
kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para
pembesar mereka.
8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar
mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.
8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam
kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.
Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.
8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap
pada hadirin.
"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit
dan pastikan Umno tumbang.”
7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti
oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000
orang.
7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya
beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula
berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.
7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA
berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.
Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah
kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir
mahkamah.
7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain
seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.
7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya
terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan
menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.
Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya,
diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala
yang lain terpaksa tunggu di luar.
Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur
supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.
7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai.
Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen
Pakatan Rakyat yang mula tiba.
7.19am: Dua buah
kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan
yang mulai dipenuhi kenderaan.
Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.
7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan
sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang
menyampaikan kuliah subuh.
Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di
dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira
30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.
7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu
para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di
bawa masuk ke tempat berhimpun.
Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke
kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal
di hadapan pintu masuk.
Jumlah kenderaan polis itu termasuk;
21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force
7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU,
Jingga 13, PKR dan ahli PAS.
No comments:
Post a Comment