SETIAP hari ada saja cerita gembira mahupun sebaliknya
berkaitan orang dalam industri hiburan tanah air yang disampaikan kepada SS.
Apapun gosip yang menarik perhatian SS kali ini berkaitan
cinta sepasang selebriti.
Kalau SS sebut nama mereka, tentu semua pembaca akan kenal
tetapi tidak mengapalah, biar SS rahsia dulu demi kebahagiaan mereka berdua.
Apa yang SS ingin katakan di sini, hubungan cinta mereka
sudah mula dihidu oleh orang-orang dalam industri hiburan. Namun mereka berdua
masih enggan mengesahkan hubungan itu atas sebab-sebab tersendiri.
Sebenarnya, SS tidak nampak sebab kenapa mereka perlu nak
berahsia sangat sebab kedua-duanya bukannya milik orang lain. Mereka berdua
masih ‘single’ tapi mungkin belum bersedia untuk mengaku kepada wartawan bahawa
mereka memadu cinta.
SS juga faham kerana kadang-kadang ada pasangan yang mahu
ahli keluarga mereka tahu dan merestui dulu dan kemudian barulah memaklumkan
kepada orang lain di luar sana. Itu SS tabik tetapi fahamlah, apabila sudah
menjadi artis, biasanya hal-hal peribadi pun lambat laun wartawan akan dapat
tahu juga.
Apapun alasannya, SS difahamkan, pada satu hari yang sesuai,
pasangan itu terutama si lelaki akan memaklumkan juga hakikat percintaan itu.
Dia mungkin enggan terburu-buru.
Kalau sudah sah nanti, agaknya barulah mereka akan membuat
pengakuan macam Yusry KRU dan Lisa Surihani buat baru-baru ini.
Jadi dalam situasi sekarang, pasangan rahsia yang SS
sebutkan tadi, masih terpaksa ‘cover line’ dalam apa juga keadaan malah mereka
nak ‘berdating’ pun susah.
Sebagai contoh, baru-baru ini, ada peminat ternampak mereka
muncul di sebuah restoran yang kurang popular di kalangan pengunjung Melayu
satu kawasan di Lembah Klang.
Namun mungkin pasangan terbabit tidak perasan bahawa masih
ada peminat bukan Melayu di situ yang kenal dengan wajah mereka. Maklumlah
bukankah kita semua 1Malaysia, jadi soal rupa paras dan bahasa bukannya masalah
besar untuk saling kenal-mengenali. Tambah-tambah pula muka selalu keluar
majalah dan kaca TV.
Soalnya di sini, sampai bila mereka perlu bercinta dan ‘dating’
sorok-sorok? SS bukannya cemburu atau tak suka, malah kalau boleh teringin
melihat mereka macam pasangan lain yang keluar bersama-sama ke majlis keramaian
bersama. Kalau segan keluar berdua, ajaklah rakan-rakan karib sekali. Bukannya
buat perkara tak senonoh kalau sekadar keluar makan-makan dan menghilangkan
‘stress’ kerja. Betul tidak?
No comments:
Post a Comment