Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa
meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.
Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan
di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara
sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.
Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi
politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat
bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat
letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun
ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.
Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan
perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.
Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan
anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.
Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang
tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan
Konspirasi".
Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera
perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan
"Hidup Anwar".
No comments:
Post a Comment