SEJAK memiliki anak perempuan, David Beckham mengakui dia
kini tidak lagi berjalan sambil berbogel di kediaman mewahnya di Los Angeles.
Suami bekas anggota Spice Girls, Victoria Beckham itu berkata: "Zaman
bogel saya sudah berlalu. Saya boleh berjalan dalam persekitaran kediaman saya
(di Los Angeles) dengan hanya memakai seluar dalam, tapi berbogel tidak sama
sekali.
"Saya tak kisah berbogel di depan tiga anak lelaki saya
tetapi sejak ada anak perempuan, saya rasa berbogel dalam rumah tidak lagi
sesuai."
Hasil daripada perkahwinannya dengan Victoria, dia kini
mempunyai tiga anak lelaki terdiri daripada Brooklyn, 12, Romeo, sembilan, dan
Cruz, enam tahun, serta anak perempuan, Harper yang kini mencecah usia enam
bulan.
Beckham, 36, mengeluarkan kenyataan tersebut pada majlis
pelancaran koleksi seluar dalam lelaki jenama H&M di London baru-baru ini.
Dalam pada itu, Beckham mengakui dia dihimpit perasaan malu apabila
anak-anaknya itu melihat foto dirinya yang menjadi model seluar dalam.
"Setiap kali melihat saya dalam paparan iklan seluar
dalam, anak-anak saya akan berkata, 'Oh tidak, ayah lagi! (muncul dalam iklan
seluar dalam)'. Mereka seperti 'Ayah kelihatan hebat tetapi semua orang tengok
ayah pakai seluar dalam'. Malu saya dibuatnya," tutur Beckham.
No comments:
Post a Comment