Semalam Murai Batu ada menyiarkan kisah
pelakon popular dan jelita Fasha Sandha yang khabarnya telah memohon tajaan
daripada dua pereka terkenal untuk pakaian perkahwinannya bersama Toh Muda
Rizal atau Jejai.
Setelah diselidik dengan lebih terperinci, barulah Murai
Batu dapat tahu cerita sebenarnya.
Menurut sumber terdekat yang memberi tahu Murai Batu, bukan
Fasha Sandha yang memohon tajaan sebaliknya dia dan pasangannya ada menerima
lapan tajaan daripada pereka terkemuka namun ditolak dengan baik oleh pasangan
itu.
Sumber itu memberi tahu, kerana mereka mahu perkahwinan itu
diserikan dengan hasil keringat mereka sendiri.
Jelas sumber itu lagi, antara pereka fesyen yang telah
datang untuk menaja Fasha ialah Hatta Dolmat Couture dan Wanpa Creations.
Malah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang mempunyai
cawangan di Malaysia dan Indonesia juga telah menunjukan rasa minat untuk
menaja hari bahagia mereka berdua. Bagaimanapun turut ditolak secara baik oleh
pasangan tersebut.
Terang sumber Murai Batu, semua itu ditolak dengan baik oleh
Fasha mahupun Jejai, kerana tidak mahu terhutang budi. Bahkan kedua-dua mereka
masih mampu menyerikan hari perkahwinan mereka menggunakan wang saku sendiri.
Ya baru Murai Batu ingat sekarang. Fasha sendiri pernah
memberitahu kepada salah seorang team portal murai.com.my bahawa dia tidak mahu
dirinya ditaja oleh sesiapa kerana mahu segalanya dilakukan mengunakan hasil
titik peluhnya sendiri.Barulah puas hati, katanya.
Sumber itu memberi tahu juga, Fasha juga telah menempah dan
membeli pakaian perkahwinannya bersama 12 pengapitnya menerusi seorang pereka
terkenal yang selalu mereka pakaian Datuk Siti Nurhaliza.
Bercerita mengenai solekan pada hari perkahwinannya kelak, Fasha
tidak akan mengunakan solekan jurusolek yang selalu dia gunakan kerana mahukan
kelainan di hari bahagianya. Malah itu juga merupakan permintaan daripada bakal
suaminya. Barulah Murai Batu faham dan jelas.
Harapan Murai Batu agar Fasha tidak berkecil hati dengan
kenyataan yang Murai Batu keluarkan semalam. Jangan marah ya Fasha nanti hilang
seri pengantin.
Kalau nak tahu, Murai Batu pernah cuba menghubungi Fasha,
namun tidak dapat kerana khabarnya dia sedang sibuk dengan penggambaran drama.
Mungkin juga berita semalam yang sampai pada Murai Batu
disampaikan oleh pihak yang cuba memburuk-burukkan Fasha dan bakal suaminya.
Pesan Murai Batu marilah kita sama-sama mendoakan
kebahagiaan Fasha dan Jejai kerana mereka berdua melakukan perkara yang baik
dan kita seharusnya mendoakan yang terbaik untuknya. Tak gitu Fasha
Kalau sudah jodoh, tak kemana.
ReplyDelete