Friday, February 10, 2012

FASHA SANDHA BERKAHWIN DENGAN JEJAI



Semalam Murai Batu ada menyiarkan kisah pelakon popular dan jelita Fasha Sandha yang khabarnya telah memohon tajaan daripada dua pereka terkenal untuk pakaian perkahwinannya bersama Toh Muda Rizal atau Jejai.

Setelah diselidik dengan lebih terperinci, barulah Murai Batu dapat tahu cerita sebenarnya.

Menurut sumber terdekat yang memberi tahu Murai Batu, bukan Fasha Sandha yang memohon tajaan sebaliknya dia dan pasangannya ada menerima lapan tajaan daripada pereka terkemuka namun ditolak dengan baik oleh pasangan itu.

Sumber itu memberi tahu, kerana mereka mahu perkahwinan itu diserikan dengan hasil keringat mereka sendiri.

Jelas sumber itu lagi, antara pereka fesyen yang telah datang untuk menaja Fasha ialah Hatta Dolmat Couture dan Wanpa Creations.

Malah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia dan Indonesia juga telah menunjukan rasa minat untuk menaja hari bahagia mereka berdua. Bagaimanapun turut ditolak secara baik oleh pasangan tersebut.

Terang sumber Murai Batu, semua itu ditolak dengan baik oleh Fasha mahupun Jejai, kerana tidak mahu terhutang budi. Bahkan kedua-dua mereka masih mampu menyerikan hari perkahwinan mereka menggunakan wang saku sendiri.

Ya baru Murai Batu ingat sekarang. Fasha sendiri pernah memberitahu kepada salah seorang team portal murai.com.my bahawa dia tidak mahu dirinya ditaja oleh sesiapa kerana mahu segalanya dilakukan mengunakan hasil titik peluhnya sendiri.Barulah puas hati, katanya.

Sumber itu memberi tahu juga, Fasha juga telah menempah dan membeli pakaian perkahwinannya bersama 12 pengapitnya menerusi seorang pereka terkenal yang selalu mereka pakaian Datuk Siti Nurhaliza.

Bercerita mengenai solekan pada hari perkahwinannya kelak, Fasha tidak akan mengunakan solekan jurusolek yang selalu dia gunakan kerana mahukan kelainan di hari bahagianya. Malah itu juga merupakan permintaan daripada bakal suaminya. Barulah Murai Batu faham dan jelas.

Harapan Murai Batu agar Fasha tidak berkecil hati dengan kenyataan yang Murai Batu keluarkan semalam. Jangan marah ya Fasha nanti hilang seri pengantin.

Kalau nak tahu, Murai Batu pernah cuba menghubungi Fasha, namun tidak dapat kerana khabarnya dia sedang sibuk dengan penggambaran drama.

Mungkin juga berita semalam yang sampai pada Murai Batu disampaikan oleh pihak yang cuba memburuk-burukkan Fasha dan bakal suaminya.

Pesan Murai Batu marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan Fasha dan Jejai kerana mereka berdua melakukan perkara yang baik dan kita seharusnya mendoakan yang terbaik untuknya. Tak gitu Fasha

1 comment: