SKANDAL rasuah yang kembali menggamit kancah bola sepak
tanah air perlu diselidik puncanya hingga ke peringkat akar umbi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata dia mengalu-alukan ketegasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
menggantung 18 pemain dan seorang jurulatih skuad Piala Presiden namun
tanggungjawab kini adalah mencari penyelesaian perkara itu tidak berulang.
“Ini adalah satu skandal yang memalukan sukan tanah air.
Kita mahu semua pihak termasuk FAM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan pihak polis berusaha mencari sebab terjadinya perkara itu.
“Sekarang ini kita perlu bertindak dan tangani gejala rasuah
daripada pelbagai aspek termasuk soal pembayaran gaji atau pun kelemahan
kewangan persatuan itu sendiri,” katanya selepas merasmikan Kejohanan
Powerlifting Terbuka Malaysia 2012, semalam.
Mengenai kejohanan powerlifting selama lima hari yang
bermula, semalam, Shabery berharap atlit negara dapat mengambil kesempatan
mengumpul mata kelayakan ke Sukan Paralimpik 2012 di London menerusi kejohanan
itu.
“Atlit negara boleh mengambil kesempatan bertanding di
tempat sendiri memperoleh mata kelayakan. Cabaran negara lain tidak kurang
hebat dengan Kazakhstan dan Iran antara pesaing hebat,” katanya mengenai
kejohanan disertai 15 negara itu.
No comments:
Post a Comment