SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, July 20, 2011

TUKANG "URUT"

MELAKA TENGAH: Beberapa premis yang menawarkan perkhidmatan spa dan refleksologi di daerah ini, khususnya kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah, dipercayai memberikan khidmat urutan tanpa tauliah yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan pelanggan mereka.
Tinjauan Berita Harian ke beberapa premis spa dan refleksologi di sekitar bandar raya ini mendapati hampir kebanyakan premis menggaji pekerja asing terutama dari China dan Indonesia, yang mendakwa mendapat latihan di negara sendiri.

Khidmat urutan yang diberi pula didakwa tidak setimpal dengan kadar harga dikenakan, malah apabila diminta menunjukkan sijil latihan berkaitan, mereka gagal mengemukakannya.

Seorang pekerja pusat rekfleksologi dan terapi warga China di Jalan Melaka Raya 3, yang hanya mahu dikenali sebagai Mingmei, 38, berkata beliau tidak mendapat latihan khusus, sebaliknya bekerja di pusat itu berdasarkan pengalaman sebagai tukang urut di negara asalnya.

Seorang pekerja pusat spa dan refleksologi di Jalan Melaka Raya 1 di sini, yang berasal dari Medan, Indonesia, Ratna, 28, berkata beliau pada asalnya memohon kerja sebagai pembantu salun tetapi ejen membawanya menawarkan kerja sebagai tukang urut.

“Ibu saya seorang tukang urut di kampung kami dan saya belajar daripada pengalamannya. Sebelum mula bekerja di sini, saya dihantar menjalani latihan intensif selama seminggu di sebuah pusat sama di Kuala Lumpur.
“Ketika mengikuti latihan, tiada tenaga pengajar khas tetapi saya dan rakan belajar pelbagai teknik serta jenis urutan daripada pekerja berpengalaman di sana. Latihan itu diadakan selama seminggu setiap hari selama kira-kira empat jam sehari,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Fisioterapi Hospital Pakar Putra, Tai Tiam Loy, mengakui aspek latihan dan pentauliahan tenaga kerja di pusat spa dan refleksologi terbabit masih meragukan.

“Tenaga kerja yang diambil bekerja dalam sektor berkenaan khususnya di negeri ini, kebanyakannya datang dari China yang mendakwa sudah mendapat latihan khas di negara asal masing-masing.

“Bagaimanapun, apa yang mereka pelajari tidak dapat dipastikan dengan nyata kerana tiada badan tertentu ditugaskan memantau, sama ada mereka mempunyai sijil atau tauliah untuk menjalankan kemahiran mengurut, berbekam atau akupuntur,” katanya.

Tai yang berpengalaman 17 tahun dalam bidang fisioterapi berkata, seseorang individu yang mahu bergiat dalam bidang refleksologi, perlu tahu mengenai anatomi badan, fungsi urat saraf serta kaitannya dengan teknik rawatan alternatif seperti urutan.

“Jika tidak, kaedah refleksologi yang dilakukan mungkin sia-sia atau mendatangkan lebih banyak keburukan kepada pelanggan. Memang kalau teknik digunakan kena pada tempatnya dan menyentuh titik saraf yang betul, pesakit mampu pulih tetapi yang tidak berjaya hanya akan membazir masa dan wang,” katanya.

Sehubungan itu, Tai berkata, orang ramai yang gemar mendapat khidmat di pusat spa dan refleksologi perlu berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan jaminan teknik tradisional seperti urutan digunakan pusat itu boleh menyembuhkan penyakit tertentu.

“Selain itu, pihak berwajib juga perlu mengambil perhatian serius berhubung pemberian lesen dengan memastikan pekerja memenuhi syarat dan memiliki kemahiran diperlukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails