SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Tuesday, July 5, 2011

ARTIS BARU MEMBUAT HAL

KEMUNCULAN artis muda berbakat sememangnya memberi nafas baru dalam industri hiburan tanah air. Mereka bagaikan pelapis bagi generasi pelakon sedia ada. Kehadiran mereka memberi tarikan dan persaingan sihat dalam dunia seni tanah air.

Namun yang tidak sedapnya, ramai yang SS dengar tidak mengutamakan disiplin dan tidak faham dengan tugas sendiri, malah ada yang datang lewat ke lokasi, ponteng penggambaran dengan memberi alasan tidak munasabah.
Sudah tentu masalah ini membuatkan pihak produksi jadi panas kerana ia menjejaskan kerja ramai pihak lain. Jika artis itu lewat datang, babak yang sepatutnya mula pada sebelah pagi tidak dapat dijalankan dan terpaksa berlanjutan sampai esoknya. Bukankah menyusahkan orang lain?

Apa yang membimbangkan SS kerana ada di antara artis baru yang menceburi bidang seni sebenarnya hanya mahu mengejar populariti dan kemewahan dengan jalan pintas. Itu belum lagi yang sanggup gadai maruah diri.


Sebut soal kontroversi, SS dengar satu cerita baru yang disampaikan orang penting yang terbabit dalam sebuah produksi drama bersiri untuk stesen televisyen swasta. Drama yang dibintangi ramai pelakon popular itu pernah mencetuskan kontroversi gara-gara kerenah seorang pelakon cantik.



Tidak cukup dengan itu, SS dapat tahu pelakon berkenaan buat hal lagi apabila tidak mahu meneruskan penggambaran untuk drama itu, baru-baru ini walhal jadual penggambaran membabitkan beberapa babak penting bersama pelakon lain sudah disusun sejak awal.

SS difahamkan, keengganan artis itu menjalani penggambaran pada hari berkenaan disebabkan dia kononnya kepenatan selepas baru pulang dari satu lokasi peranginan.

Tapi apa yang SS dengar cerita daripada kru produksi terbabit, artis baru ini sebenarnya tertekan kerana tidak dapat melakonkan watak berat dalam drama berkenaan. Sebab itulah dia memberi alasan tidak meneruskan penggambaran. Adakah patut?

Tahu saja, penggambaran drama biasanya membabit–kan banyak pelakon dan kru. Gara-gara tindakan dia seorang yang memberi alasan tidak logik, akhirnya orang lain berdepan masalah.

Bukan sekali dua SS dengar masalah artis yang kerap menghiasi dada akhbar dan majalah itu. Sayang sungguh sebab muka dah cantik tapi sikap pula belum cukup cantik. SS harap dia segera ubah sikap kerana sikap sebegitu akan merugikan dirinya sendiri dan akan merebak dari satu produksi ke produksi yang lain. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails