SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Thursday, July 21, 2011

MOHD ASHRAF HAFIZ BERTUKAR JANTINA

Dia masih ada hak untuk merayu ke peringkat mana pun, seperti kes lain,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip mengulas tuntutan Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, yang mahu menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz.

Menurutnya, walaupun Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan Isnin lalu dengan menolak permohonannya, Mohd Ashraf Hafiz masih mempunyai peluang untuk merayu seperti juga kes lain yang pernah didakwa di mahkamah.


Katanya, dari segi perundangan, kes itu meskipun sangat jarang berlaku tetap diadili seperti kes lain mengikut prosedur sewajarnya, namun keputusan kehakiman perlu juga mengambil kira pandangan syarak.

“Dari satu segi Mahkamah Tinggi memang sudah menolak, tapi mengikut prosedur dia masih berpeluang untuk merayu hingga ke peringkat tertinggi walau Persekutuan sekali pun....dia ada hak.


“Cuma kes dibawa sangat jarang berlaku di negara Islam seperti kita yang jelas menolak penukaran jantina...hukum syaraknya sudah jelas, jadi apabila mengadili kes begini perlu mengambil kira pandangan mufti dan fatwa tertentu...ia boleh menyentuh sensitiviti.


“Apapun, jika dia merayu, perlu juga bersedia menerima keputusan yang kita tak boleh jangka....semuanya bergantung kepada fakta dan alasan penghakiman,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails