SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Monday, July 18, 2011

BERCUMBU DALAM HOTEL

Helah sepasang kekasih yang mendakwa terpaksa menyewa hotel untuk menyiapkan tugasan kolej bagi mengelak dicekup penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) gagal apabila mereka ditahan awal pagi kelmarin untuk siasatan lanjut.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah hotel bajet di Jalan Lencong Barat di sini, pasangan terbabit turut mendakwa mereka baharu sahaja mendaftar masuk hotel berkenaan.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati mereka berdua telah dua malam menginap di hotel tersebut.

Ketua Operasi JHEAIK, Md. Nasir Md. Dali berkata, pasangan dari Alor Setar berusia awal 20-an itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan pejabat agama untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan RM1,000.

"Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails