SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, July 20, 2011

BAYI YANG BARU DILAHIR DITINGGALKAN

Gara-gara panik, sepasang kekasih sanggup meninggalkan bayi baru dilahirkan teman wanitanya di atas bonet kereta seorang penduduk di FELDA Sungai Mas, di sini, 30 kilometer dari tempat bayi malang itu dilahirkan iaitu dalam sebuah ladang kelapa sawit.
Kejadian berlaku Khamis lalu apabila wanita berusia 20 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Pengerang ke Hospital Kota Tinggi untuk bersalin, merasai kesakitan mahu melahirkan anak pada jam 3 pagi.

Pasangan itu mengambil keputusan berhenti di lorong dekat ladang sawit FELDA Air Tawar 3 di sini, sebelum wanita terbabit melahirkan bayi lelaki dalam semak dengan berbidankan teman lelakinya berusia 25 tahun.

Panik dengan kejadian itu, mereka kemudian berpatah balik menghala ke Pengerang dan meninggalkan bayi yang dipenuhi darah serta bertali pusat itu atas bonet kereta penduduk di FELDA Sungai Mas.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata bayi terbabit ditemui lelaki ketika menghantar anaknya ke sekolah jam 7 pagi.

“Penemuan bayi itu menggemparkan penduduk di kawasan itu menyebabkan ibu bayi terbabit datang ke hospital untuk melihat bayinya sehari selepas itu. Ketika ditanya pengurusan hospital, wanita terbabit mengaku meninggalkan bayi itu selepas dilahirkan dalam semak ladang sawit terbabit dan pemeriksaan turut mendapati dia memang baru melahirkan anak,” katanya.
Berikutan itu, wanita yang berasal dari FELDA Tunggal itu ditahan untuk siasatan lanjut. Polis turut menahan teman lelakinya dari Kampung Teluk Empang dekat Pengerang untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails