SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, July 20, 2011

ANAK DATO JUAL MANUSIA

Seorang anak Datuk yang masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), bersama dua lelaki ditahan polis Ahad lalu, kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan pendatang haram di Sungai Rengit dekat Teluk Ramunia, di sini.
Bagaimanapun dua lagi rakan mereka dapat meloloskan diri di kawasan semak ketika konvoi empat kenderaan itu ditahan berhampiran sebuah bengkel, kira-kira jam 8 malam.

Penuntut IPTA berusia 21 tahun yang sedang bercuti itu menggunakan Perodua Myvi miliknya yang ditampal pelekat VIP (orang kenamaan) manakala tiga rakannya memandu tiga kenderaan berasingan dan seorang lagi menjadi penumpang, dipercayai mahu menyeludup keluar 15 pendatang Indonesia ke negara asal mereka.

Ketika ditahan anak Datuk itu membawa empat pendatang haram di dalam keretanya manakala selebihnya dimuatkan di dalam tiga kenderaan lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kegiatan mereka yang dipercayai menjadi tekong darat daripada orang ramai.

Katanya, polis menahan konvoi empat kenderaan berkenaan, tetapi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta sempat melarikan diri di kawasan semak manakala tiga lagi termasuk anak Datuk berusia lingkungan 20-an ditahan untuk siasatan lanjut.
“Seramai 15 warga Indonesia termasuk dua wanita tidak sempat melarikan diri dan ditahan untuk siasatan lanjut. Kumpulan terbabit dipercayai menggunakan kenderaan peribadi bagi menghantar pendatang asing terbabit dari rumah transit ke jeti sebelum perjalanan pulang pendatang asing itu diambil alih pengusaha bot sekitar Pengerang dan Sungai Rengit,” katanya.

Beliau berkata, pendatang itu dikenakan kira-kira RM300 untuk sekali perjalanan, tidak termasuk tambang bot.

“Kebiasaannya, kumpulan tekong darat ini menggunakan kenderaan seperti van yang boleh membawa lebih ramai penumpang,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Muhammad berkata, polis kini mahu menghubungi dua lelaki iaitu Erey Azlan Abd Ghani, 30, dari Felda Palong 5, Gemas, Negeri Sembilan dan Muhammad Redhuan Mat Sheh, 21, dari Taman Bukit Tiram di sini, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, tiga tekong darat yang ditahan, disiasat mengikut Seksyen 55(e) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang asing.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails