SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, February 12, 2011

TARIKH PRAKTIKAL DIAWALKAN

Tanjong Malim, 9 Feb – Tarikh untuk para pelajar berpraktikum pada semester hadapan telah diawalkan pada 9 Mei 2011. Keputusan tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Senat Universiti baru-baru ini.
Pengumuman berkaitan perkara ini belum lagi dibuat oleh mana-mana pihak baik Bahagian Akademik mahupun Unit Latihan Mengajar (ULM). Anjakan tarikh ini memberi kelebihan kepada pelajar semester 6 (sekarang) kerana mereka dijangka akan menyambung pengajian semester 8 pada bulan September nanti.
Mengulas berkaitan perkara ini, Mohd Zahar Mohamed Nor selaku Exco Majlis Perwakilan Pelajar juga mengesahkan pertukaran tarikh praktikum yang akan bermula pada semester hadapan. “Saya telahpun mendapat pengesahan daripada Unit Latihan Mengajar (ULM) bahawa tarikh untuk praktikum telah diawalkan pada 9 Mei nanti. Pihak ULM memang belum mengeluarkan notis rasmi berkaitan perkara ini, tetapi ia akan dibuat dalam masa yang terdekat, katanya lagi.”

Pihak Upsikini menerima beberapa email daripada mahasiswa yang telah mengetahui tentang perubahan tarikh yang berlaku ini. Mereka meyatakan kebimbangan episod kelewatan PTPTN berulang kembali. Time break yang hanya beberapa minggu daripada final exam menjadi antara faktor kelewatan PTPTN akan berlaku lagi. Mereka berharap pihak universiti mengambil serius perkara ini bagi mengelak daripada masalah sama berulang.

Dalam pada itu, mereka turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak universiti yang telah mengambil langkah tersebut kerana membolehkan mereka menamatkan tempoh pengajian lebih awal iaitu awal 2012 nanti.




Komen : Saya tidak setuju 100 peratus. Banyak keburukan daripada kebaikan. Fikir la sendiri..

3 comments:

  1. saya pun tak stuju!!!!
    tak suke nyeee praktikum awl..
    tak sempat nak wat persediaan nti T___T

    ReplyDelete
  2. masa saya dulu.. paling pening kepala tak tau mana nak tinggal bila kena balik upsi balik.. huhuhu... harap2 untuk sem 8, diberi tempat tggl di kolej la...

    ReplyDelete
  3. boleh beri komen di forum myupsi (akademik dan hal-hal lain), kami sudah menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan tindakan ini.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails