SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Saturday, February 19, 2011

PANTUN 1 MALAYSIA

1)                  Duduk bersama berdua-duaan
Bersama dengan si gadis jelita
1 Malaysia teras perpaduan
Menjadi pegangan rakyat jelata.

2)                  Pergi ke pekan membeli pegaga
Pegaga dibeli oleh Pak Tosa
Bersatu padu bergabung tenaga
Supaya Malaysia aman sentosa.

3)                  Mak Besah membeli angsa
Angasa dibeli bersama peria
Rakyat Malaysia berbilang bangsa
Tepat dengan konsep 1 Malaysia.

4)                  Manis sungguh si gadis India
Ayu senyuman pemikat jiwa
Uniknya Malaysia di mata dunia
Punyai rakyat berbilang bangsa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails