SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Tuesday, February 8, 2011

LIVERPOOL TETAP UNGGUL

Kenny Dalglish tidak mahu kejayaan Liverpool menewaskan Chelsea 1-0 dan mengekang Fernando Torres hinggakan pemain itu digantikan dalam penampilan pertama dengan kelab barunya itu ditafsir sebagai balasan dendam kepada bekas pemain The Reds itu.


Meskipun boleh mendabik dada kerana taktik yang digunakan berjaya melumpuhkan penyerang Sepanyol itu, Dalglish tegas menyatakan pasukannya fokus kepada tekad meneruskan kebangkitan daripada untuk menghalang Torres, yang akhirnya dikeluarkan pada minit ke-66, di Stamford Bridge, kelmarin.


“Pemain bertindak secara profesional. Saya tidak fikir terdapat apa-apa insentif, apa pun yang ingin dilakukan oleh seseorang dalam hidup itu terpulang kepada pilihan mereka sendiri,” katanya.


“Saya datang ke sini untuk mendapatkan tiga mata, sama ada Carlo Ancelotti sendiri yang bermain sebagai penyerang atau sesiapa saja, ia tidak menjadi masalah.


“Dia (Torres) hanya mendapat satu cubaan tepat tetapi Jamie Carragher melakukan hadangan amat baik. Akan tetapi saya di sini bukan untuk bercakap mengenai pemain pasukan lain. Saya sering mengatakan orang yang paling penting kepada saya ialah mereka yang berada di kelab bola sepak Liverpool. Kita berjaya mendapat 12 mata dan gol tidak dibolosi dalam empat perlawanan secara berterusan, jadi saya fikir sesiapa saja penyokong Liverpool begitu gembira pada masa ini.”


Hanya 10 hari lalu, masa depan Liverpool tampak seolah-olah malap ketika Torres mahu berpindah sebelum jendela perpindahan berakhir tetapi kini semuanya tampak baik bagi Dalglish.
Dalglish yakin penyokong Liverpool yang mengejek Torres sepanjang perlawanan itu, mempunyai sebab untuk berasa optimistik selepas bergelut dalam kancah liga 18 bulan di Anfield. “Kesungguhan pemain untuk memenangi perlawanan ini amat menakjubkan. Kedudukan di tangga keenam liga adalah lebih baik daripada tempat ke-12 ketika saya mula mengambil alih tugas.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails