SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, April 13, 2010

Kesibukan Minggu Ulangkaji

Kini tiba masanya untuk saya mengulangkaji memandangkan peperiksaan akhir hampir bermula tidak lama lagi. Minggu ulangkaji selama seminggu iaitu dari 10/04/10 sehingga 18/04/10 dan minggu depan saya akan memerah otak untuk menjawab soalan. Lagipun, jadual exam saya sangat padat menyebabkan saya terpaksa menggunakan minggu ini dengan baik untuk meningkatkan dan menambahkan ilmu pengetahuan.


Tujuan saya post benda ni cuma nak bgtau kawan-kawan dan para blogger yang lain bahawa minggu ini saya sangat sibuk untuk menyiapkan diri dan bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan kelak. Fenomena ini sama seperti kita berperang, sebelum berperang kita haruslah menyediakan segala kelengkapan seperti parang, tombak, keris, meriam, dan sebagainya. Begitu dengan peperiksaan, kita haruslah bersedia lebih awal dengan mengulangkaji pelajaran serta menyediakan kelengkapan seperti pensil, pen, pemadam, dan sebagainya.

Selama seminggu ini saya sangat sibuk dan kemungkinan saya akan jarang online. Saya minta maaf kepada para blogger sekiranya saya tidak menziarahi blog anda serta tidak dapat menolong anda untuk mengUPkan trafik. Harapan dan permintaan saya ialah rajin-rajinlah jenguk blog saya dan letaklah link saya dalam blog anda ya.

http://e-dekz.blogspot.com

Tapi saya tetap akan meluangkan masa untuk membuka dan melayan blog walaupun saya sangat sibuk. Hidup saya seperti kekosongan sekiranya satu hari saya tidak dapat melayan blog serta masuk dan menziarahi blog ke blog. Tambahan pula, saya sangat berminat untuk membaca entri-entri baharu.

Saya berharap para BLOGGER sentiasa berdoa untuk kejayaan saya dan j
angan lupa masuk blog saya ya.

9 comments:

  1. aaaaa silalah stadi.. jangan maen2 blog ag.. hahaha gud luck final exam ye..

    ReplyDelete
  2. bak kate akak kat atas ttu..
    stadi stadi stadi..

    kakak kat ats tu takpe, dia da keja..

    ReplyDelete
  3. selamat berstudy, jangan tido jer.. hehehe.. baca entry baharu? baca kerr? :P

    ReplyDelete
  4. huu~
    slh tulis lah..
    18/01 ke 18/04??
    huuu~
    dr0p by btw~

    ReplyDelete
  5. soe..salah taip...
    thnk roslinda...spttnya bulan 4..huhuhu...

    ReplyDelete
  6. selamat study dan semoga boleh jawab nanti.. chaiyokk.. chaiyokk

    ReplyDelete
  7. gud luck untuk final exam...study rajin-rajin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails