Bersih 2.0 mengisytiharkan perhimpunan Sabtu ini tetap akan diadakan di Stadium Merdeka di sebalik segala halangan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, semua 14 anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara berkata "kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana".
Sambil menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu, pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana didakwa mengkhianati janji bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium.
Apa sekalipun terjadi, ikrar mereka, BERSIH akan menggunakan hak perlembagaan untuk berkumpul secara aman dengan tujuan yang adil dan berpatutan dengan tidak akan berbelah bahagi.
"BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami.
"Sebagai ahli masyarakat madani, kami setia berpegang kepada prinsip integriti dan kami dengan sepenuh hati akan menuruti titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong untuk berhimpun di stadium untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
"Kami memilih Stadium Merdeka sebagai tempat yang terbaik untuk acara ini kerana ia simbolik dan terletak di lokasi yang munasabah. Kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana," kata kenyataan itu.
Menurut gabungan itu jika Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau akan membuat tindakan yang sewajarnya agar perhimpunan Sabtu ini dapat dilaksanakan secara aman di Stadium Merdeka.
Kata BERSIH 2.0, kenyataan akhir yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang 'menasihatkan' rakyat supaya tidak "berbuat apa-apa selain daripada duduk di rumah masing-masing" sebenaranya percubaan menakiut-nakutkan orang ramai.
"Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air mahukan hak kami untuk memilih pemimpin kami dengan cara yang demokratik. Kami tidak akan ditakut-takutkan dengan penyalahgunaan kuasa yang tidak bermoral dan tidak adil.
"Tanggungjawab pertama kami adalah untuk masa depan kami dan anak-anak kami. Kami sudah memasang tekad agar mereka tidak mewarisi negara yang diperintah berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan prinsip-prinsip keadilan.
Kenyataan itu diakhir dengan ayat berikut:
"Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama-sama kita membina Malaysia."
Kenyataan penuh BERSIH 2.0:
BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami.
Sebagai ahli masyarakat madani, kami setia berpegang kepada prinsip integriti dan kami dengan sepenuh hati akan menuruti titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong untuk berhimpun di stadium untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
Kami memilih Stadium Merdeka sebagai tempat yang terbaik untuk acara ini kerana ianya simbolik dan terletak di lokasi yang munasabah. Kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana.
Jikalau Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau akan membuat tindakan yang sewajarnya agar acara ini dapat dilaksanakan secara aman di Stadium Merdeka.
Sama ada kerajaan berpegang kepada prinsip-prinsip mereka atau tidak, kami sebagai rakyat Malaysia akan berpegang kuat kepada prinsip-prinsip kami. Semangat kami untuk menggunakan hak perlembagaan kami untuk berkumpul secara aman dengan tujuan yang adil dan berpatutan tidak akan berbelah bagi.
Kenyataan-kenyataan akhir yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara menunjukkan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami berbuat apa-apa selain daripada duduk di rumah masing-masing.
Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air mahukan hak kami untuk memilih pemimpin kami dengan cara yang demokratik. Kami tidak akan ditakut-takutkan dengan penyalahgunaan kuasa yang tidak bermoral dan tidak adil. Tanggungjawab pertama kami adalah untuk masa depan kami dan anak-anak kami. Kami sudah memasang tekad agar mereka tidak mewarisi negara yang diperintah berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan prinsip-prinsip keadilan.
Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama-sama kita membina Malaysia.
Kenyataan daripada, Ahli Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)
Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada: Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato' Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato' Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.
No comments:
Post a Comment