SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Monday, July 4, 2011

MALAYSIA MARA KE PUSINGAN KEDUA

MALAYSIA menepati ramalan ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia, tetapi terpaksa mengharungi saat cukup mencemaskan sebelum layak menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan apabila tewas 3-2 kepada Taiwan di Stadium Taipei, malam tadi.
Hakikatnya, masih ada banyak ruang kelemahan dalam skuad Harimau Malaya yang terpaksa akur rekod tanpa kalah sejak menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 Disember lalu, gagal dipertahankan.
“Memang kita layak ke pusingan kedua tetapi kita tidak bermain dengan corak sebenar sehingga tewas pada perlawanan timbal balik ini,” kata ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

“Selama menjadi jurulatih, ini kali pertama ada tiga penalti ke atas pasukan saya tetapi satu penalti untuk kita dinafikan. Saya tidak mahu salahkan sesiapa dan berjanji skuad negara akan bangkit pada pusingan kedua nanti.”

Taiwan yang tewas 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu, mendapat suntikan semangat apabila pemain berpangkalan di Belgium, Xavier Tsan Yuan diturunkan pada perlawanan kedua itu, selain kehadiran buat pertama kali lebih 15,000 penyokong tempatan ke stadium itu.

Sebaik pengadil, Vo Minh Tri dari Vietnam meniup wisel mula, kubu negara hampir dibolosi apabila perangkap ofsaid barisan pertahanan negara tidak menjadi menyebabkan lawan membuat hantaran lintang di depan pintu gol tetapi tidak disambar barisan depan tuan rumah.
Namun anak buah Rajagobal memperlahankan rentak dan peluang terhidang menerusi tendangan percuma jarak 35 meter yang cantik disempurnakan Aidil Zafuan Abd Radzak untuk gol pertama negara pada minit ketujuh.

Taiwan menyamakan kedudukan menerusi Chan Han pada minit ke-31, bermula dengan sepakan sudut yang gagal dikeluarkan dan penyerang itu mudah menewaskan penjaga gol, Ahmad Sharbinee Alawee di tengah-te-ngah kekalutan depan pintu gol.

Harimau Malaya sekali lagi menggegar lawan dengan sepakan percuma lencong kapten, Safiq Rahim tetapi dua minit sebelum tamat babak pertama, kesilapan menyaksikan Taiwan mendapat sepakan penalti selepas Mahali Jasuli menjatuhkan Han dan Chen Po Liang menyempurnakan gol penyamaan kedua sebelum rehat.

Dengan kelebihan jaringan di tempat lawan sudah diatasi, Malaysia yang perlu memastikan tidak tewas lebih daripada dua gol memulakan langkah babak kedua dengan berhati-hati tetapi selepas dua peluang keemasan gagal dimanfaatkan, Taiwan sebaliknya mendapat peluang mendahului permainan apabila sekali lagi diberikan sepakan penalti pada minit ke-61 selepas Fadhli Shas menarik Po Liang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails