Berang selepas mendapat tahu anak gadis melakukan hubungan seks dengan teman lelaki, seorang ibu memaksa anaknya membuat laporan polis, kelmarin.
Sebelum itu, si ibu terdengar perbualan telefon antara anak gadisnya berusia 16 tahun dengan rakannya.
Menurut sumber, wanita berusia 30-an itu terkejut apabila mendengar pengakuan anaknya mendakwa melakukan hubungan seks dengan teman lelaki.
“Si ibu memarahi anak gadisnya itu dan memaksanya menceritakan apa yang berlaku.
“Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah itu akur dan menceritakan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa yang marah dengan perbuatan lelaki terbabit menceritakan kejadian itu kepada jiran sebelum mereka mencarinya.
“Lelaki itu ditemui di rumah keluarganya, namun keluarga remaja terbabit menghalang mereka untuk membawa remaja lelaki itu ke balai polis.
“Bagaimanapun, selepas penjelasan diberikan remaja lelaki itu dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa dan mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Bertindak atas laporan suspek yang juga teman lelaki mangsa ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dilakukan.
No comments:
Post a Comment