SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH: SETIAP SABTU PAKAI BAJU WARNA KUNING

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu yang menuntut lapan perkara bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga meminta rakyat memakai apa-apa yang kuning pada setiap Sabtu sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan 62 NGO gabungannya itu.

"Sehingga reform seumpama itu dibuat, kita minta rakyat memakai apa sahaja yang kuning pada setiap Sabtu. Tidak kira sama ada baju, sarung tangan atau apa-apa sahaja...,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Ambiga berkata walaupun perhimpunan Sabtu lalu mendapat sambutan luar biasa rakyat, tetapi tugasnya membuat lapan tuntutan bagi sistem pilihan raya bersih dan adil di negara ini masih belum selesai.

Sehubungan itu, katanya BERSIH 2.0 mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi meneliti secara keseluruhan sistem pilihan raya di negara ini.

"Kami percaya langkah terbaik untuk terus maju ke hadapan adalah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja di mana ahli-ahlinya dipilih dan diterima rakyat," katanya.

Ambiga berkata suruhanjaya itu seharusnya dianggotai oleh mereka yang mendapat kepercayaan rakyat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails