SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Tuesday, July 26, 2011

CONTOHI SALIH YAACOP


SEKALIPUN baru berusia dalam lingkungan 30-an, SS mendapat tahu artis program realiti yang tak kurang hebatnya ini sudah memiliki enam cahaya mata. Bukan sekadar berkahwin pada usia muda,tetapi artis itu khabarnya sudah beberapa kali naik pelamin.

Atas sebab itu, anaknya sudah ramai. Apapun, bukan kisah anak yang SS ingin tuliskan, namun sikap si artis yang mata keranjang.
Kini, artis yang SS sendiri tak tahu di mana ketampanannya itu berhadapan masalah dengan kekasih baru yang jelita.

Geli hati juga SS, dengar kisah artis itu. Bagaimanapun, biasalah adat sudah

bergelar artis memang kacak atau sebaliknya sudah ditolak ke tepi. Asalkan popular dan tawaran kerja pun banyak diterima, wanita mana yang tak mahu mendekatkan diri.

Ditambah lagi, si artis yang boleh dikatakan cukup berpengalaman dalam menangani kerenah wanita.

Jika tidak, bagaimana dia boleh berkahwin, cerai dan kahwin lagi.

Memanglah, berkahwin kerana, jodoh tetapi SS tak sangka artis ini pernah berkahwin lebih daripada
satu.

Dalam soal kahwin banyak ini, SS tabik dengan penghibur terkenal Salih Yaacob yang bijak menguruskan kehidupan berpoligami.

Justeru, kepada artis ini contohilah Salih. Bukan saja berkahwin ramai, tetapi sangat menghargai ikatan jodoh yang terjalin.

SS sebenarnya pantang betul dengar kisah perkahwinan artis yang suka bercerai ini.SS melihat perkahwinan sebagai ibadah, namun artis ini semacam tak menghormatinya pula.

Bila sudah tak ingin terus cerai dan lepas itu, bercinta pula dengan wanita lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails