INFO TERKINI
Tuesday, April 15, 2014
ARTIS BERWAJAH CANTIK, BERPERANGAI BURUK
gambar hiasan
Dia
ada pakej lengkap sebagai pelapis heroin dan pengacara. Tidak dinafikan dia
berbakat, cantik pula, tetapi bab perangai tak berapa nak ‘lawa’. Ikutkan,
banyak kali Sha dengar cerita tidak molek mengenai pendatang baru ini.
Katanya,
ramai rimas dengan sikap divanya. Ketika bertugas, dia main langgar saja
sampaikan dilabel tidak beradab. Pernah ketika merakam satu program
kendaliannya, pendatang baru ini main rempuh masuk ke bilik orang yang mahu
ditemubual.
Kebetulan
ketika itu orang berkenaan sedang disolek seorang jurusolek terkenal. Dengan
langsung tidak memberi salam atau memperkenalkan diri, dia dengan selamba terus
mengarahkan jurukamera merakam temubual.
Terkebil-kebil
mereka yang berada dalam bilik itu. Jangankan nak minta izin, senyum pun tidak,
tiba-tiba terus mahu rakam.
Sepatutnya
sebagai orang baru, beri salam dan tunjukkan sikap lebih sopan dan manis. Ini
tidak, main terjah saja, sombong pula tu.
Naik
angin juga jurusolek popular itu melihat lagak pendatang baru ini. Baginya,
pengacara dan pelakon ini kurang ajar.
Dalam
kejadian lain, si jelita ini yang bertindak selaku pengacara majlis minta
penganjur menyediakan air. Yang buat ramai tepuk dahi apabila dia umumkan
permintaan itu menggunakan mikrofon. Maka, satu dewan dengar.
Kata
seorang teman, kot ia pun, bisiklah dengan penganjur yang berada tidak jauh
daripadanya. Usik Sha, mungkin dia bergurau, saja mahu gamatkan suasana.
Jelas
teman itu lagi, kalau bergurau, takkan dengan nada perintah. Orang tahu beza
antara bunyi bergurau dan perintah. Aduhai...
Monday, April 14, 2014
ERRA FAZIRA BERKAHWIN LAGI
Naluri
Abie berasakan masih ada cinta di antara mereka. Katanya, Jumaat lalu, melalui
akaun Instagramnya, Emran memuat naik status berbentuk dialog bersama anak
tunggalnya, Engku Aleesya mengenai keinginannya untuk membawa puterinya makan
angin ke New York sebelum September depan.
Hasratnya
dibalas Aleesya yang berbunyi lebih kurang begini: “What about Mom, Ayah?”
Engku Emran menjawab: “Yes, she can come along, why don’t you ask her later if
she wants to follow, Sweetie.”
Status
itu bukan saja menimbulkan pertanyaan pihak media, malah mendapat sokongan
‘pengikutnya’ yang mahu melihat mereka bersatu semula.
Sokongan
berupa doa-doa itu membawa pengertian yang mereka mahu melihat mereka bersama
kembali, terutama atas nama Aleesya yang sangat memerlukan kedua-duanya.
Malah,
sejak kebelakangan ini, Engku Emran menerusi akaun @iamkumbre memuat naik
gambar mereka berdua, termasuk foto perkahwinan dan lagu nyanyian Erra yang
menjadi kegemaran Aleesya. Difahamkan, Emran berbuat begitu sempena hari jadi
Aleesya pada 30 Mac lalu.
Bagi
Abie, status itu bagaikan memberi klu baru dalam hubungan yang terlerai 18
Februari lalu, untuk kembali bersatu. Nyata masih ada sayang di antara mereka
dan lebih nyata adanya Aleesya, sangat sukar menolak ‘sayang’ itu.
Dia
teringat pertemuan dengan Emran kira-kira dua tahun lalu di Restoran Puteri,
Sungai Penchala. Emran jelas buntu ketika itu mencari penyelesaian dan cara
terbaik serta langkah terakhir adalah mengerjakan umrah di Tanah Suci memohon
yang terbaik daripada Allah kerana dia tahu Allah Lebih Tahu apa yang terbaik
untuknya, Erra, Aleesya dan keluarga mereka.
Dalam
pertemuan itu, Emran mengakui wujud ‘gangguan’ sehingga hubungan mereka suami
isteri sentiasa ‘panas’. Untuk memandang wajah masing-masing pun sukar. Dengan kata
lain, mereka terkena sihir.
Biarpun
tahu angkara siapa, Emran mengambil jalan mengunci mulut daripada memberitahu
siapa si polan itu. Dia lebih selesa memaafkan saja dan berdoa supaya diberi
hidayah oleh-Nya.
Dalam
perkembangan hari ini, terutama melihat status @iamkumbre, adalah baik kalau
mereka rujuk kembali. Cinta mereka masih menebal, sama-sama kita doakan yang
terbaik untuk mereka.
Thursday, April 10, 2014
NEELOFA BERKAHWIN
BILA AGAKNYA NEELOFA BERKAHWIN??
Minggu
lalu, Lofa berkongsi macam mana Lofa membina keyakinan dan sedikit permulaan
kerjaya Lofa dalam bidang penyiaran. Minggu ini, Lofa nak cerita detik serta
pengalaman yang sukar Lofa lupakan.
Tak
kisahlah pahit mahupun manis, Lofa ingin kongsi bersama pembaca. Satu hakikat
yang tidak boleh Lofa nafikan ialah, mengacara sesuatu program ada kalanya
menyeronokkan tapi ada kalanya memberi tekanan kepada Lofa.
Menyeronokkan
apabila ramai menonton dan berpuas hati dengan gaya penyampaian Lofa. Antara
pengalaman yang Lofa takkan lupakan ialah ketika Lofa dibawa kru produksi Nona
ke Scotland.
Foto
LOFA
bersama Fara Fauzana dalam rancangan Nona.
Perjalanan
dan pengalaman sepanjang rakaman di sana benar-benar mengujakan dan waktu sama
mencabar kerana Lofa jenis tidak suka cuaca sejuk.
Ada
satu link yang Lofa kena buat hampir 20 'take' tetapi hasilnya, alhamdulillah!
Untuk pengetahuan pembaca, Lofa nak kongsi satu fakta menarik.
Tahu
tak yang episod Lofa di Scotland mencatat jumlah penonton tertinggi dalam
sejarah siaran Nona. Lebih dua juta penonton menyaksikan episod itu. Ini memang
sesuatu yang sangat menggembirakan Lofa sebagai pendatang baru. Terima kasih!
Selain
Nona, mengacarakan Meletop antara yang akan sentiasa Lofa kenang. Anugerah Meletop
antara anugerah paling 'bayi' di Malaysia.
Lofa
rasa sangat bertuah diberi peluang mengacara majlis Anugerah Meletop edisi
pertama. Lofa sifatkan ia sebagai satu penghormatan bagi Lofa.
Lagi
menggembirakan, Anugerah Meletop boleh disifatkan sebagai anugerah paling
berjaya dari segi penganjuran oleh Astro.
Walaupun
ada sedikit perkara kurang menarik, Lofa lebih gemar memikirkan kejayaan
Anugerah Meletop. Lofa berharap sangat ia menjadi acara anugerah yang
ditunggu-tunggu peminat saban tahun.
Kalau
nak cerita mengenai pengalaman, memang tak habis nak dikongsi. Namun biasalah,
bila ada yang manis, mestilah ada yang sedikit pahit. Antara yang sedikit
mengganggu Lofa bilamana ada yang melaga-lagakan Lofa dengan Fara Fauzana.
Ada
yang cakap Lofa dengan Fara Fauzana tidak sebulu. Mula-mula memang Lofa macam
malas nak ambil peduli tapi lama-lama, Lofa jadi sedikit rimas. Sebabnya,
hakikat sebenarnya Lofa dengan Fara memang sangat 'ngam'!
Fara
sememangnya pengacara yang sangat berkaliber dan senang untuk bekerjasama. Tak
pernah ada istilah bergaduh atau gila kuasa antara kami. Jadi Lofa harap sangat
mereka yang di luar sana, jangan nak laga-lagakan kami lagi lepas ini, okay?
Pengalaman
semestinya mematangkan kita semua. Walaupun baru tahun ketiga berada dalam
industri, Lofa rasa dengan peluang diberi ramai pihak, Lofa semakin matang.
Yang
pasti, Lofa tidak menyesal memilih karier seni sebagai mata pencarian Lofa.
Dalam hal ini, Lofa ada satu falsafah "benda yang sukar, jika dilakukan
berulang kali, pastinya akan jadi 'makanan' kita."
Nantikan
Nota Neelofa minggu depan. Kali ini Lofa akan berkongsi cerita percutian Lofa
ke London pada 7 April ini bersama keluarga Lofa.
Selamat
berhujung minggu dan jaga diri.
HAFIZ AF BERCINTA DENGAN ADIRA
POPULARITI
lagu Ombak Rindu membuatkan pasangan Hafiz Suip dan Adira Suhaimi bagaikan
saling berkait dan tidak boleh dipisahkan, walaupun waktu sama mereka pernah
berdepan dengan kontroversi kisah cinta tidak kesampaian.
Disebabkan
sering ditemukan kembali untuk beberapa siri persembahan termasuk persembahan
sempena Minggu Setiausaha anjuran Coop MATRADE dengan kerjasama AMI Global Sdn
Bhd pada 22 April ini, timbul gosip mengatakan Hafiz dan Adira kembali
bercinta.
Ia
dikukuhkan lagi apabila Adira baru-baru ini dikatakan putus cinta dengan
kekasihnya dan kembali kepada penyanyi yang cukup popular dengan lagu Bahagiamu
Deritaku.
Sudah
tentu khabar yang dihebohkan itu tidak masuk akal memandangkan Hafiz sebelum
ini sudah menjelaskan mempunyai teman istimewa dan hubungan mereka masih baik.
Sementara kekasih Adira sebelum ini memberi kenyataan bahawa dia dan Adira
masih berkawan.
Foto
Pasangan
ini juga tidak keberatan dipertemukan untuk satu sesi fotografi khas bersama
Selebriti Metro Ahad untuk mempromosikan persembahan Minggu Setiausaha
bertemakan A Golden Moment With Hafiz di Sembunyi Spa, Cyberview Resort &
Spa.
Kata
Hafiz, dia tidak terkesan dengan gosip yang cuba ditimbulkan itu. Dia faham ia
disebarkan kerana dia dan Adira pernah bercinta.
“Kami
pernah ada ‘cerita’ lalu tetapi tidak bermakna kami tidak boleh berkawan. Tidak
pernah sekali pun apabila bertemu kami mengungkit cerita lama. Apabila
bekerja, masing-masing cukup profesional apatah lagi kami berada di bawah
bumbung sama, satu pengurusan.
“Dunia
hiburan tempatan ini kecil. Kalau bermusuh pun tidak ke mana kerana pastinya
akan selalu bertemu dan bekerjasama. Apa yang penting, apabila bekerja saya dan
Adira sendiri tahu sampai tahap mana. Begitu juga apabila berkawan,” katanya.
Mengenai
pandangan kekasih hatinya dengan situasi ini, kata Hafiz, dia cukup memahami.
Malah soal cemburu tidak pernah timbul kerana setiap perkara berlaku
dimaklumkan terlebih dulu.
Mengenai
persembahan Minggu Setiausaha, Hafiz akui dirinya orang baru dan terharu
diberikan peluang menjayakan persembahan khusus untuk setiausaha setiap April.
Katanya, dia banyak belajar dan bertanya daripada mereka yang lebih
berpengalaman.
“Saya
tahu untuk menghiburkan pengunjung sempena Minggu Setiausaha bukan satu kerja
mudah terutama dari sudut komunikasi. Saya ada rujuk dengan Datuk AC Mizal
kerana dia juga sering mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha. AC
banyak memberi cadangan dan buah fikiran.
“Saya
masih ada masa untuk merangka corak persembahan. Secara asasnya saya mahu
bergembira bersama pengunjung. Saya tidak mahu sekadar menyanyi tetapi dalam
waktu sama bermesra dan mahu merakamkan detik indah itu dengan mengambil foto
polaroid dan hadiahkan kepada mereka,” katanya.
Apabila
membabitkan persembahan tertutup dan kalangan penonton pula majoritinya
wanita, sering terjadi ada antara penonton yang gagal mengawal perasaan. Adegan
memeluk dan mencium pipi penyanyi kesayangan mereka pasti akan berlaku seperti
yang pernah terjadi dengan artis lelaki popular sebelum ini.
Kata
Hafiz, sekiranya perkara itu berlaku dia tidak mampu untuk menghalangnya.
Malah hendak mengelak daripada perlakuan seperti itu berlaku adalah di luar
kemampuannya. Dia tidak berani berjanji ia tidak akan berlaku.
“Saya
yakin bahawa penonton yang bakal hadir menyaksikan persembahan kami nanti sedar
akan batas-batas. Sekiranya ada yang berbuat demikian, saya percaya mereka
menganggap saya seperti adik dan anak dan tidak lebih daripada itu,” katanya
yang turut bergandingan dengan Afdlin Shauki, bertindak pengacara majlis.
Adira
pula menganggap gosip mengatakan dia kembali bercinta dengan Hafiz adalah
perkara biasa dan bukan baru. Malah ia sudah beberapa kali cuba dibangkitkan
sebelum ini namun kenyataannya mereka kini hanyalah rakan sesama artis.
“Setahu
saya, ramai orang sudah faham dan sedia maklum dengan kedudukan saya dan Hafiz.
Tambah pula kami mempunyai lagu duet popular, Ombak Rindu. Disebabkan itu, kami
selalu ditawarkan menyanyi bersama. Secara tidak langsung, orang akan sentiasa
melihat kami berdua dan dari situlah timbulnya gosip ini.
“Saya
sendiri tidak pernah ambil serius gosip itu. Begitu juga dengan teman saya.
Malah perkara itu tidak pernah meletakkan saya mahupun Hafiz dalam situasi
canggung disebabkan kami sendiri sebagai individu tahu apa cerita sebenarnya,”
katanya.
Walaupun
menjadi bekas kekasih, kata Adira dia tidak pernah menghadapi masalah bekerja
dengan Hafiz kerana mereka cukup profesional. Sebagai kawan, Adira akui Hafiz
banyak membantu dan memberi tunjuk ajar bagaimana hendak menjadi penyanyi yang
baik terutama dari sudut vokal.
Kata
Adira, sekiranya dia bergaduh selepas putus cinta dan bermasam muka dengan
Hafiz ia tidak akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak apatah lagi
mereka berada dalam satu pengurusan dan sering bekerjasama.
Sudah
tentu pada persembahan nanti mereka akan mendendangkan lagu duet popular
mereka, Ombak Rindu. Malah ada perancangan untuk menyampaikan lagu duet Hafiz
dengan Datuk Siti Nurhaliza, Muara Hati.
Selain
duet dengan Hafiz, Adira turut diberi peluang mendendangkan dua lagu solonya
dan mengharapkan ia dapat menghangatkan suasana persembahan.
Kata
Adira, sebagai penyanyi yang selalu bekerja tanpa mengira waktu, pastinya masa
terluang dihabiskan dengan melakukan perkara yang dapat menenangkan minda dan
merehatkan tubuh. Apatah lagi menjelang persembahan besar nanti.
Menyiapkan
tubuh dan minda agar sentiasa tenang dan senang dianggap penting. Sebab itulah
Adira dan Hafiz memilih untuk menjalani rawatan di Sembunyi Spa, Cyberview
Resort & Spa di Cyberjaya.
Metro
Ahad berkesempatan merakamkan beberapa gambar menarik dua artis popular ini
sepanjang berada di pusat spa popular itu buat tatapan peminat.
Subscribe to:
Posts (Atom)





