SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Monday, April 14, 2014

ERRA FAZIRA BERKAHWIN LAGI




Naluri Abie berasakan masih ada cinta di antara mereka. Katanya, Jumaat lalu, melalui akaun Instagramnya, Emran memuat naik status berbentuk dialog bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya mengenai keinginannya untuk membawa puterinya makan angin ke New York sebelum September depan.

Hasratnya dibalas Aleesya yang berbunyi lebih kurang begini: “What about Mom, Ayah?” Engku Emran menjawab: “Yes, she can come along, why don’t you ask her later if she wants to follow, Sweetie.”

Status itu bukan saja menimbulkan pertanyaan pihak media, malah mendapat sokongan ‘pengikutnya’ yang mahu melihat mereka bersatu semula.


Sokongan berupa doa-doa itu membawa pengertian yang mereka mahu melihat mereka bersama kembali, terutama atas nama Aleesya yang sangat memerlukan kedua-duanya.


Malah, sejak kebelakangan ini, Engku Emran menerusi akaun @iamkumbre memuat naik gambar mereka berdua, termasuk foto perkahwinan dan lagu nyanyian Erra yang menjadi kegemaran Aleesya. Difahamkan, Emran berbuat begitu sempena hari jadi Aleesya pada 30 Mac lalu.

Bagi Abie, status itu bagaikan memberi klu baru dalam hubungan yang terlerai 18 Februari lalu, untuk kembali bersatu. Nyata masih ada sayang di antara mereka dan lebih nyata adanya Aleesya, sangat sukar menolak ‘sayang’ itu.

Dia teringat pertemuan de­ngan Emran kira-kira dua tahun lalu di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Emran jelas buntu ketika itu mencari penyelesaian dan cara terbaik serta langkah terakhir adalah me­ngerjakan umrah di Tanah Suci memohon yang terbaik daripada Allah kerana dia tahu Allah Lebih Tahu apa yang terbaik untuknya, Erra, Aleesya dan keluarga mereka.

Dalam pertemuan itu, Emran mengakui wujud ‘gangguan’ sehingga hubungan mereka suami isteri sentiasa ‘panas’. Untuk memandang wajah masing-masing pun sukar. Dengan kata lain, mereka terkena sihir.

Biarpun tahu angkara siapa, Emran mengambil jalan me­ngunci mulut daripada memberitahu siapa si polan itu. Dia lebih selesa memaafkan saja dan berdoa supaya diberi hidayah oleh-Nya.

Dalam perkembangan hari ini, terutama melihat status @iamkumbre, adalah baik kalau mereka rujuk kembali. Cinta mereka masih menebal, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails