SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Thursday, February 13, 2020

KEMATIAN ABAM MENGEJUKAN MALAYSIA

KEMATIAN ABAM DICEMBURI





PENDAKWAH bebas, Ustaz Rahim Nasir menyeru masyarakat Islam mengambil iktibar daripada kematian pelawak popular Abam Bocey, Isnin lalu.
Rahim dalam ceramahnya bertajuk ‘Kematian Sangat Dicemburui, Jom Ambil Iktibar’ semalam, turut berkongsi betapa bertuah individu yang meninggal dunia dan Allah naikkan darjatnya.
Katanya, dalam kehidupan seorang manusia, apa yang penting adalah pengakhirannya.
“Macam Abam, apa yang berlaku pada hari kematiannya apabila diziarah ramai orang hingga tidak terkira banyaknya. Itu adalah rezeki arwah.



“Dia bukan ilmuan agama tetapi hanya seorang pelawak. Namun, di pengakhiran hidupnya Allah anugerahkan nikmat kematian sangat dicemburui itu. Kenapa begitu? Iktibar yang boleh diambil adalah kembali pada akhlak atau perangai arwah. Dia seorang yang suka meraikan ulama dan ilmuan agama,” katanya.
Rahim yang mengakui terkilan tidak dapat mengiringi perjalanan akhir Abam, turut berkongsi dengan jemaah mengenai keperibadian Allahyarham.
“Saya pernah berkesempatan bertemu arwah beberapa tahun lalu. Ketika itu kami terbabit dalam forum agama. Saya selaku salah seorang penceramah dan arwah adalah moderator.
“Abam memang seorang pelawak yang bagus. Saya akui dia memiliki pekerti akhlak sangat baik seperti sangat menghormati orang lain dan suka meminta maaf.
“Selain itu, arwah juga gemar menghadiri majlis ilmu. Dia tidak melihat bayaran diterima tetapi sanggup hadir kerana sukakan ilmu,” katanya.
Dalam ceramahnya, Rahim turut memuji sikap Abam yang tidak pernah meninggalkan ibunya dan sentiasa mengingati orang tua.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails