SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Thursday, March 24, 2011

VIDEO SEKS MIRIP ANWAR IBRAHIM


BUKAN AKSI ANWAR IBRAHIM

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa beliau dibawa menonton rakaman video seks kononnya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di sini oleh bapa saudaranya, Isnin lalu.

Katanya, di hotel itu beliau dipertemukan dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sudah dikenalinya sebelum ini dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik sebelum diminta menonton video itu di sebuah bilik suite.
“Apabila memasuki bilik bersama bapa saudara saya, Datuk Shuib Lazim, kami dijemput oleh Shazryl. Beberapa minit kemudian Tan Sri Abdul Rahim turut tiba.
“Shazryl kemudian membuka komputer riba lalu meminta saya melihat klip video kononnya membabitkan Anwar sambil menceritakan bahawa saya adalah Ahli Parlimen pertama yang menyaksikan rakaman video itu.

“Selepas menonton video itu, saya yakin lelaki dalam aksi berkenaan bukan Anwar berlandaskan beberapa faktor termasuk saiz tubuh badan dan warna kulit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.

Johari mendakwa, Abdul Rahim kemudian meminta beliau membawa Ahli Parlimen PKR yang lain untuk melihat rakaman video itu dalam usaha memujuk mereka supaya meninggalkan parti selepas menontonnya.

“Abdul Rahim turut memberitahu akan membawa saya berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain berkata hal berkaitan kewangan dan keselamatan saya akan beliau uruskan.
“Saya hanya berdiam diri ketika itu dan berasa sangat sakit hati mendengar kata-katanya. Ketika melangkah keluar bilik hotel itu, saya memeluk bapa saudara saya lalu memberitahunya bahawa lelaki dalam rakaman bukannya Anwar,” katanya.

Johari berkata, apabila pulang ke rumah pada malam itu, beliau menghubungi bapa saudaranya sekali lagi untuk meminta kebenaran membawa sekumpulan Ahli Parlimen PKR untuk turut menonton video berkenaan.

“Semalam (kelmarin), saya mengumpul lima Ahli Parlimen PKR dengan alasan mahu bertemu seorang pemimpin UMNO. Kami menunggu di hotel seperti dijanjikan untuk melihat video itu, tetapi tiada pihak yang tampil,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails