SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, March 30, 2011

GADDAFI TINGGALKAN LIBYA


Kuasa-kuasa antarabangsa bersidang di ibu negara Britain, di sini semalam bagi merencanakan masa depan Libya tanpa kepimpinan Muammar Gaddafi.

Lebih 35 buah negara, termasuk tujuh negara Arab, bersidang selepas Gaddafi, 68, menggesa Barat supaya menamatkan serangan ke atas negara Afrika Utara itu.

Serangan udara Barat selama 10 hari ke atas tentera Gaddafi mengubah arus konflik di Libya dengan pihak pemberontak kini mara ke barat negara itu tetapi dihalang rejim pro-Gaddafi dekat bandar kelahirannya, Sirte semalam.

Dalam persidangan tersebut, Britain dan Sepanyol bercadang menawarkan laluan selamat untuk Gaddafi meninggalkan Libya dengan pelan untuk beliau hidup dalam buangan di luar negara turut dibincangkan.

"Bukan kami yang menentukan ke mana beliau akan pergi. Saya tidak akan memilih tempat persaraan untuk Gaddafi," kata Setiausaha Luar Britain, William Hague yang mempengerusikan persidangan itu.

Menteri Luar Sepanyol, Trinidad Jimenez berkata, pilihan hidup dalam buangan di luar negara untuk Gaddafi masih sah kerana Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) belum mendakwanya atas dakwaan jenayah kemanusiaan.

Terdahulu, dalam satu sidang video, pemimpin Britain, Perancis, Jerman dan AS bersetuju bahawa sidang di London perlu membincangkan isu peralihan kuasa politik di Libya.

Bagi membincangkan isu tersebut, Britain mengundang kumpulan utama yang mewakili pihak penentang Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) ke London. Namun, wakil mereka tidak mengambil bahagian dalam persidangan tersebut.

Seorang pegawai kanan pentadbiran AS memberitahu, sebelum sidang itu berlangsung, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengadakan pertemuan dengan pegawai TNC yang mengendalikan hal-ehwal luar Libya, Mahmud Jibril.

Selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Jibril semalam, Hague menyifatkan TNC sebagai wakil politik yang penting dan sah bagi Libya.

Sementara itu, satu perwakilan AS akan dihantar ke bandar Benghazi yang menjadi kubu kuat pihak penentang bagi mewujudkan saluran sistematik dengan kumpulan-kumpulan yang mahu menyingkirkan Gaddafi.

Setakat ini, Perancis merupakan satu-satunya negara Barat yang mengiktiraf secara rasmi pihak penentang di Libya dengan Qatar mengambil langkah serupa kelmarin.

1 comment:

  1. Pada masa akan datang rakyat Libya akan menyesal nanti, kerana untuk menyelamatkan Libya daripada Gadafi, mereka terpaksa membayar bil-bil peperangan kepada tentera mat salleh ni. of cos la mana ada free punya. bayar2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails