SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Thursday, July 1, 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2

Pada tahun 2005, Bahagian Kapit hanya mempunyai 7 buah sekolah menengah. Apabila melangkah masuk ke tahun 2006, bilangan sekolah tersebut terus berubah menjadi 8. Sekali pandang hanya seolah-olah hanya sebuah sekolah baru yang telah ditubuhkan, namun pada hakikatnya terdapat dua buah sekolah menengah baru yang telah membuka lembaran baru dalam catatan sejarah persada pelajaran Bahagian Kapit. Seperkara yang menarik di sini adalah kedua-dua buah sekolah baru ini mempunyai hubungan yang amat istimewa.

Salah sebuah sekolah menengah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No.2. Kesemua staf akademik dan staf sokongannya dipindahkan terus dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun yang sebelum ini telah menumpang di tapak Sekolah Kebangsaan Methodis, kapit sejak tahun 1999. Encik Hendry Chai Yan Fui telah diberi mandate untuk memegang tampok kepimpinan sekolah baru yang tersergam indah di atas kawasan Bleteh ini. Namun, nama “Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun” tidak terus lenyapkan begitu sahaja. Sebaliknya, sekolah ini telah memulakan riwayat barunya dengan nama yang sama di Sungai Asap, Belaga. Keadanan ini secara langsung membawa kepada penubuhan dua buah sekolah menengah baru di Bahagian Kapit seperti yang disebut di atas.

Pada mulanya, SMK Kapit No. 2 beroperasi sepenuhnya dengan memuatkan seramai pelajar dan staf sekolah (56 staf akademik, 14 staf bukan akademik) yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kesemua pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, dan Tingkatan 6 Rendah bersama-sama menimba ilmu di sekolah seluas 45 hektar yang telah menelan perbelanjaan sejumlah RM47.5 juta dalam pembinaannya ini.

Dengan berpandukan moto “BERAKHLAK, BERILMU, BERBAKTI” dan juga slogan “REACHING FOR THE STARS”, warga SMK Kapit No. 2 sentiasa berusaha gigih agar visi untuk memartabatkan sekolah ini sebagai Sekolah Harapan Negeri Sarawak Kategori Luar Bandar menjelang tahun 2009 akan membuahkan hasil. Semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2 mencapai kegemilangan berterusan dengan memperolah kejayaan cemerlang sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan mahupun akhlak.




2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails