SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Monday, June 28, 2010

Rancangan Orientasi Sekolah dari UPSI

Salam sejahtera
Salam 1 Malaysia

Guru ibarat lilin membakar diri demi menerangi orang lain.
Guru umpama limau kasturi sentiasa mengharumi alam sekeliling.

Tanggal 26 JUN 2010, saya menjejaki kaki sebagai seorang guru pelatih di sebuah sekolah yang paling cantik dan indah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2. Saya merupakan bekas pelajar di sekolah tersebut pada 2006/2007. Pada masa itu, saya berada di Tingkatan 6. Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2 dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak pada Januari 2006. Kemudahan dan kelengkapan di sekolah tersebut boleh dikatakan membanggakan iaitu lengkap dan sempurna. Saya berasa bangga menjadi seorang guru pelatih kerana dapat menabur bakti kepada bekas sekolah saya serta saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah kerana memberi sokongan kepada saya. Sampai disini sahaja untuk hari ini....akan bersambung...bye..

1 comment:

  1. salam Cikgu..
    tahniah dah dapat jadi cikgu walaupun sebagai cikgu pelatih.. pengalaman tu yg amat bermakna kan.. lagi bermakna dapat menabur bakti kt sekolah yg pernah memberi ilmu yg paling bermanfaat kpd kita.. selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggugnjawab.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails