SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Thursday, October 6, 2011

ARTIS MALAYSIA SEKSI 2011


PENAMPILAN pelakon yang popular menerusi drama bersiri Kisah Kaisara, Wan Sharmila Wan Mohamed atau Wan Sharmila, 29, sering menarik perhatian ramai. Lebih-lebih lagi selepas memegang status janda sejak dua tahun lalu.

Berperwatakan lincah dan sentiasa ceria bagaikan cukup sinonim dengan imej Wan.
Penampilan menggoda di majlis hiburan tidak kurang juga menjadi bualan ramai.

  

SEKSI...cetus kontroversi di majlis peragaan pentas MASiF 2011.


SERIUS...Wan sebagai Shila dalam filem pertamanya Raya Tak Jadi.


BAHAGIA...Wan Sharmila selesa dengan kehidupan dijalani kini.


Dia muncul seksi menampakkan bahagian paha pada majlis sidang media drama tarian, Tari Tirana.

Pemakaiannya di Majlis Anugerah Skrin dua tahun lalu diikuti Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 turut mengundang bualan ramai.

Terbaru, Wan dikatakan tampil mengenakan pakaian menjolok mata pada Festival Antarabangsa Muzik, Seni dan Gaya 2011 (MASiF 2011) di ibu negara pada minggu lalu.

Adakah Wan gemar mengenakan pakaian menarik perhatian ramai setiap kali terbabit atau dijemput menjayakan pelbagai aktiviti seni?

“Setiap kali menghadiri majlis atau program seni saya sentiasa memastikan pakaian yang dipakai sesuai dengan konsep selain selesa dan sedap mata memandang.

“Saya juga tahu batas dalam menggayakan pakaian. Bukan pakai tangkap muat saja.

“Berbeza bagi program pertunjukan fesyen, kadang kala saya diberi kebebasan untuk memilih pakaian yang hendak dipakai pada pertunjukan berdasarkan perbincangan dengan pereka fesyen. Jika saya selesa dan bersetuju mengenai jenis pakaian itu, baru saya akan memakainya,” katanya.

Pada masa sama, penampilan di layar perak nampaknya semakin membuahkan hasil.
Malah, dia berasa bangga dan bersyukur melihat sokongan penonton pada filem, Raya Tak Jadi arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen yang mendapat sambutan memberangsangkan apabila mencatatkan kutipan kasar RM3.1 juta selepas empat hari ditayangkan.

Melakonkan watak Shila dalam percubaan pertamanya di layar perak itu membuatkan dirinya mula berasa seronok. Walaupun membawakan watak pembantu dan tidak banyak cabaran yang dihadapi menerusi

filem terbitan Primeworks Studio yang turut dibintangi pelakon dan pelawak popular, Saiful Apek serta Johan Raja Lawak namun ia satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya.

Pengalaman terbabit dalam penggambaran filem berkenaan cukup berbeza daripada drama.

Memandangkan perlu mempunyai persediaan yang cukup termasuk membuat latihan sebelum memulakan setiap babak, penggambaran mengambil jangka masa yang agak panjang.

“Cabaran besar yang saya hadapi apabila terpaksa berdepan dengan dua pelakon yang asyik mahu buat orang ketawa dengan aksi dan lawak jenaka mereka.

“Ini filem pertama saya. Boleh dikatakan ia juga sebagai pengukur kemampuan untuk pergi lebih jauh di layar perak. “Tidak dinafikan saya banyak membuat persediaan untuk terbabit dalam filem ini.

“Bukan hanya mengurangkan tawaran berlakon drama, malah memberikan tumpuan sepenuhnya dalam setiap babak lakonan.

“Alhamdulillah, selepas Raya Tak Jadi, saya diberi peluang terbabit dalam filem seram, Syaitan Nirrojim juga di bawah terbitan Primeworks Studio arahan Faizul.

“Filem berkenaan turut menampilkan Fizz Fairuz dan Nabila Huda.

“Berbeza dengan watak Shila dalam filem kedua itu saya dirasuk oleh kuasa jahat. Peluang membintangi filem memang sudah lama saya nantikan.

“Jadi setiap tawaran yang hadir jika sesuai dengan watak dan kena pada waktunya sudah pasti saya tidak akan tolak,” katanya.

Filem berkenaan mengisahkan Kamil dan Soraya yang terjerat dengan amalan ilmu hitam akibat kesempitan hidup. Bagi memiliki kemewahan, mereka sanggup bersekongkol dengan syaitan dengan melakukan perkara di luar batasan agama dan norma hidup.

Bercerita lanjut mengenai sisi peribadi pula, Wan memaklumkan dia selesa dengan kehidupannya kini.

Dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami.

Bagaimanapun, buat masa ini dia belum memikirkan untuk berkahwin lagi walaupun ada yang menunjukkan minat kepadanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails