SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Tuesday, June 21, 2011

DIANA DANIELLE BERCINTA DENGAN FARID KAMIL


Kisah cinta antara D dan pelakon serta pengarah, Farid Kamil yang bertaut kembali bukanlah lagi satu rahsia kepada peminat industri seni tanah air.

Dikatakan punca perpisahan mereka sebelum ini kerana perangai D yang kurang matang dan kebudak-budakan. Setelah beberapa lama sepi dengan kisah perpisahan tersebut, kini D dan Farid kembali bermadu kasih sebagai pasangan kekasih sekali lagi.

Semasa berpisah dulu, kedua-duanya matang dalam menangani perpisahan dan masih lagi berkawan dan saling menghubungi.

"Sebenarnya setiap orang tidak akan lari dari melakukan kesilapan yang mana akhirnya kita sendiri akan menyedari kesilapan yang telah dilakukan.

"Kadangkala, kita juga akan sedar yang mana mungkin sesetengah perkara masih punyai harapan dan kita juga masih lagi boleh mengharap mengenainya," jelas D mengenai perhubungannya bersama Farid.

Diakui hubungan mereka serius sebagai kekasih kali ini namun mungkin belum ke tahap ke alam perkahwinan memandangkan umur masih muda dan banyak lagi yang perlu dikecapi dalam hidup ini.

"Kami ada bercakap mengenainya (perkahwinan) dan memang kami berada dalam sebuah perhubungan yang serius. Tapi, mungkin belum lagi untuk ke tahap yang lebih dari perhubungan yang ada kini. Saya baru 19 tahun, mungkin jauh lagi masa saya, saya perlu belajar dan sebagainya," bicara D jujur tentang fasa perhubungan percintaannya bersama penggarap filem Kongsi itu.

Buat masa ini, kedua-duanya masih belum mempunyai rancangan serius untuk mengambil keputusan bagi mendirikan rumahtangga dan mereka juga saling tidak mengongkong antara satu sama lain.

Ini kerana, D mempunyai perancangan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun disebabkan kontrak yang masih wujud bersama Nano White dan Sunsilk, D menangguhkan sementara perancangannya untuk menimba ilmu di perantauan.




PASANGAN LESBIAN


Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.

Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.

Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.

Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.

Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang.

MEMEY SEORANG YANG PENYAYANG



Pada malam Ahad lalu, rakan SS sempat meluangkan masa menyaksikan personaliti TV terkenal, Farah Adeeba dan rakan kongsinya, Awin melancarkan koleksi baju dan jubah Najjah yang berlangsung di Hotel Royale Bintang, The Curve, Bandar Utama.
Majlis yang dihoskan Farah AF dan dimeriahkan artis serta personaliti TV tempatan ini memang menarik dengan koleksi jubah ringkas dan moden.

Bukan saja koleksi baju yang diperagakan model profesional yang menawan hati rakan SS, malah kehadiran pelakon jelita Memey yang anggun dengan gaun labuh hitam dan sopan turut menarik perhatian.

Memey tidak hadir sendirian sebaliknya bersama dua kanak-kanak perempuan comel yang juga anak kepada tunangnya, pelakon Norman Hakim. Tapi rakan SS memang tak nampak pula kelibat Norman di situ.

Apa yang boleh SS katakan, Norman memang bertuah kerana dapat bakal isteri yang bukan saja cantik, malah, menyayangi dan mampu menjaga anak-anaknya dengan baik. Sifat keibuan Memey yang lemah-lembut itu cukup terserlah dan bukan sekadar dibuat-buat pada pandangan mata rakan SS.

sumber: metro

Monday, June 20, 2011

300 REMAJA MELAYU SALAH LAKU SEKSUAL DAN SEKS BEBAS

300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas

Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala: Kajian UPM

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.
“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.

“Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.

“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada Berita Harian.

Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.

“Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.

“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya.

KUTIPAN KL GANGSTER KUTIPAN TERTINGGI

KUTIPAN KL GANGSTER MENCECAH 10 JUTA RINGGIT.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails